Esok genaplah dua tahun blog Unit Sekolah Rendah beroperasi. Tanpa sedar, pejam-celik, pejam-celik rupa-rupanya sudah dua tahun usianya. Alhamdulillah ianya masih boleh bertahan kerana dalam keadaan yang sama banyak blog-blog yang hebat termasuk blog-blog sekolah yang begitu agrasif pada mulanya telahpun berkubur atau tidur umpama gunung berapi.
Sebenarnya antara salah satu kekuatan kami untuk meneruskan kerja sukarela ini ialah sokongan anda rakan strategik kami dan para pengunjung blog sekalian. Selain dari itu niat untuk menyampaikan info dan maklumat kepada rakan-rakan warga pendidikan adalah antara dorongan utama mengapa blog ini masih aktif dan ujud.
Kami merasa besyukur dan bertuah kerana satu blog yang bukan sensasi mampu mengumpul hit pengunjung antara 200 hingga 500 sehari. Kami sangat merasa berterima kasih atas sokongan anda. Sokongan anda inilah memberi motivasi kepada kami untuk terus menyemarakkan blog ini.
Ada pengunjung mencadangkan supaya blog ini menjadi blog JPN bukan unit. Kerapkali dalam mseyuarat Sektor Pengurusan Sekolah ada cadangan agar blog ini dijadikan blog sektor. Kami mengucapkan setinggi penghargaan terima kasih atas ekspektasi kalian pada blog ini. Setakat ini biarlah kami menjadi blog Unit Sekolah Rendah. Bagaimanapun kami tidak lokek menyiarkan peristiwa atau even peringkat sektor dan jabatan. Kami membenarkan tulisan dalam blog ini dikongsikan dengan blog berita website induk Jabatan Pelajaran Negeri. Kami juga sangat berterima kasih kepada PPD dan sekolah-sekolah yang memasukkan url blog rendah ke web atau blog mereka. Pada kami perkongsian strategik perkara yang boleh memberi manafaat patut disuburkan agar salurannya mudah dan cepat sampai kepada sasaran kita bersama.
Doakan pasukan USR Blogger Team sentiasa sihat dan bersemangat melaksanakan kerja kebajikan ini dan sampaikan komen membena bagi mempertingkatan lagi kandungan dan peranan blog ini. Semoga blog ini
mampu sedikit sebanyak menyampaikan informasi yang terkini.
No comments:
Post a Comment