Thursday, November 17, 2011

Hari Anugerah Cemerlang SK Sultan Sulaiman 1..

 KUALA TERENGGANU - " Menghargai setiap kebolehan dan pencapaian murid", itulah hasrat Guru Besar, SK Sultan Sulaiman 1, Tuan Haji Yusof bin Karim apabila lebih 380 orang murid menerima hadiah daripada pelbagai kategori pada Hari Anugerah Cemerlang 2011 sekolah berkenaan pada petang tadi. Hari Anugerah Cemerlang SK Sultan Sulaiman 1 telah dirasmikan oleh wakil pengarah Tuan Haji Suhaimi Endut, Kaunselor Pentadbiran, PPD Kuala Terengganu.

Pegawai Perhubungan SK Sultan Sulaiman 1, En. Jelani Sulong, Ketua Unit Sekolah Rendah, Yang DiPertua PIBG, En. Wan Zakri dan AJK PIBG SK Sultan Sulaiman 1 turut hadir. Ramai ibubapa yang mana anak-anak mereka menerima anugerah telah hadir. Pelbagai hadiah disediakan bagi menghargai bakat, kebolehan dan pencapaian murid. Penyampaian hadiah diselang-seli dengan persembahan pelajar dari pelbagai peringkat. Sebelum itu bacaan doa dan bacaan Al-Quran adalah daripada kalangan murid. Ini ketrampilan kemenjadian murid sekolah kluster.

Tahniah SK Sultan Sulaiman 1, Sekolah Berprestasi Tinggi sedang menunggu.

1 comment:

  1. Guru bukan sahaja berkemahiran mengajar dan mengembangkan ilmu, malah sikap, tingkah laku dan disiplin diri harus dibentuk ke arah profesional. Salah laku guru mencalar kewibawaan profesion perguruan.

    ReplyDelete