Thursday, May 26, 2011

Tuan Haji Abdullah bin Ali,Tokoh Guru Terengganu 2011

DUNGUN - Mantan Ketua Sektor,Sektor Pembangunan Kemanusiaan JPN Pahang,Tuan Haji Abdullah bin Ali telah dianugerahi sebagai Tokoh Guru Terengganu 2011 sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Terengganu 2011 yang diadakan hari ini di Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin.

Tuan Haji Abdullah bin Ali yang dilahirkan di Kampung Nyior,Paka,Dungun, Terengganu adalah bekas garduan dari Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau memulakan kerjaya sebagai guru di SMK Engku Mohsin,Endau Johor. Selepas itu beliau kembali bertugas di Terengganu sebagai Guru Penolong Kanan,Pengetua dan PPD Dungun sebelum dilantik sebagai Ketua Sektor Khas dan Swasta di JPN Terengganu pada tahun 2007 sebelum dinaikkan pangkat ke JPN Pahang,sebagai Ketua Sektor,Sektor Pembangunan Kemanusiaan sehingga bersara wajib.

Sebelum itu YAB Dato' Seri  Haji Ahmad bin Said,Menteri Besar Terengganu dalam ucapan perasmian merakamkan setinggi penghargaan terima kasih beliau serta Kerajaan Negeri Terengganu atas sumbangan bakti kaum guru memartabatkan pendidikan Negeri Terengganu serta merealisasikan hasrat kerajaan negeri menjadikan Terengganu sebagai Anjung Ilmu.

" Sebagai menghargai sumbangan besar khususnya kepimpinan sekolah maka kerajaan pada tahun ini akan membawa 50 orang Guru Besar sekolah mereka cemerlang dalam UPSR ke Korea dan 60 orang Pengetua ke Australia untuk meninjau sistem pendidikan di sana bagi dimanafaatkan untuk kebaikan pelajar kita" ujar beliau.

Selain dari itu, Menteri Besar Terengganu memgumumkan peruntakan 3.6 juta ringgit bagi melaksanakan Kelas Maya pada tahun hadapan. Beliau juga menyatakan bahawa kerajaan negeri akan menanggung kos
pengurusan umrah pada Julai nanti kepada sepuluh orang guru cemerlang yang pemilihannya dibuat oleh PPD/JPN.Selain dari itu mana-mana sekolah yang melonjak sangat cemerlang dan terbaik kerajaan negeri akan memberi sebuah bas untuk kegunaan sekolah berkenaan.

Kerajaan negeri mengikut YAB Menteri Besar sangat perihatin kepada pendidikan oleh tegas beliau semua pelajar yang dapat belajar di Matrikulasi diberi RM500, mendapat program Diploma diberi RM750 dan mendapat tawaran ke universiti diberi RM1,000. Sementara pelajar yang memasuki Tingkatan 6 sewaktu mereka berada di Tingkatan 6 Atas kerajaan negeri memberi sumbangan RM1,000.00 setiap orang

Terdahulu Yang Berbahagia,En.Razali bin Daud,Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu dalam ucapan aluan beliau melahirkan rasa terima kasih dan bersyukur atas sokongan kerajaan negeri di bawah pimpinan YAB Menteri Besar yang amat istimewa kepada pendidikan anka-anak negeri. Beliau bersama para guru akan sentiasa meneruskan agenda Melestarikan Pendidikan Terbilang dan Terengganu sebagai Anjung Ilmu

Pada majlis Sambutan Hari Guru kali ini juga pelbagai anugerah dan hadiah pertandingan telah disampaikan termasuk kategori baru seperti Anugerah Guru Berjasa, Pensyarah Cemerlang,Pengurusan PIBG Cemerlang di samping kategori lain yang menjadi tradisi hari guru.

Majlis Sambutan Hari Guru Terengganu 2011 turut dimeriahkan dengan kehadiran Yang Berhormat,Tuan Haji Ahmad Razif bin Abdullah Rahman, Exco Pendidikan Terengganu,Yang Berbahagia Dato' Dr Rosli Mat Hassan,Pengerusi Yayasan Pelajaran Mara,Ahli-ahli Yang Berhormat dan Pegawai Kanan Persekutuan dan Negeri...

Selamat Hari Guru,Terima Kasih Cikgu !

Gambar-Gambar Sekitar Sambutan Hari Guru Negeri Terengganu 2011



No comments:

Post a Comment