Monday, May 30, 2011

Wacana Pendidikan Terengganu Siri 2

KUALA TERENGGANU - Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu bersama Institut Pendidikan Guru (IPGM) Kampus Dato' Razali Ismail dan Jemaah Nazir Dan Jaminan Kualtiti hari telah mengadakan Wacana Pendidikan Terengganu Siri 2 bertemakan "Memacu Kecemerlangan Pendidikan Terengganu" di Dewan TELTTraC,IPGM Kampus Dato' Razali Ismail,Kuala Terengganu .

Antara objektif utama wacana ini ialah  mendedahkan peserta dengan isu-isu semasa dalam bidang pendidikan selain memberi peluang peserta bertukar pandangan dan pendapat mengenai isu pendidikan yang dibincangkan.Selain dari itu,ianya juga bertujuan membudayakan amalan perbincangan di samping menambah dan memperkukuhkan keperihatinan warga pendidik Terengganu dalam isu pendidikan melalui perbincangan ilmiah.



Yang Berhormat,Haji Ahmad Razif bin Abdul Rahman,Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran,Pengajian Tinggi Sains,Teknologi dan Sumber Manusia Negeri Terengganu telah sudi merasmikan wacana berkaitan. Yang Berhormat dalam ucapannya mengajak semua kaum guru membuat perubahan dan transformasi khususnya dalam menangani isu-isu pendidikan dan perubahan sistem nilai yang berlaku dalam masyarakat.


Beliau menyeru para guru merubah cara dan pendekatan khusus menangani masalah pelajar bermasalah dengan menjadikan pendekatan yang dibuat pengurusan SMK Belara,Manir sebagai contoh.Beliau juga amat mengharapkan sokongan padu para guru serta berharap para guru perlu sentiasa proaktif mempertingkatkan ilmu agar pendidikan negeri Terengganu mampu mencapai taraf pendidikan dunia.



Wacana kali ini mengemukann tiga pembentangan kertas kerja. Kertas Kerja Pertama bertajuk " Pelakasanaan Kokurikulum di IPG Kampus Dato' Razali telah dibentang oleh Tuan Haji Hamdan bin Ab. Manaf dan Tuan Haji Safri bin Aziz dari Unit Kokurikulum, IPGM Dato'Razali Ismail.






Sementara Kertas Kerja Kedua bertajuk " Pemantauan Pengurusan dan Pelaksanaan Kokurikulum Di Sekolah" telah dibentang oleh En.Rorzali bin Salleh,KPP Kokurikulum,Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti,KPM,Putrajaya. Pembentangan Kertas Kerja Ketiga bertajuk "Memperkasakan Kokurikulum Di Sekolah" dibentangkan oleh Tuan Haji Salleh bin Busu,Timbalan Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu.

Seramai dua ratus lima puluh orang peserta terdiri daripada pegawai Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu,Pensyarah IPG Kampus Dato' Razali Ismail,Pegawai Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti,Guru Besar serta GPK telah menghadiri wacana ini.




No comments:

Post a Comment