Thursday, May 12, 2011

Menjelang Hari Guru 2011 - Suara Hati Bekas Guru

Terima kasih kerana ziarah

Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Jabatan Pelajaran Negeri Perak dan Pejabat Pelajaran Daerah Larut Matang dan Selama (LMS), Taiping kerana sudi menziarahi kami bekas warga pendidik yang sedang uzur termasuk saya.

Ini adalah merupakan Program Ziarah Guru dan Bekas Guru uzur sempena sambutan Perayaan Hari Guru Negeri Perak tahun 2011.

Terima kasih yang tidak terhingga khusus kepada Puan Khadijah Mohd Zahari, Ketua Sektor Psikologi dan kaunseling, Jabatan Pelajaran Negeri Perak; Azrai'e Haji Ismail, Pengetua Sekolah Menengah Taman Panglima, Taiping; Muhammad Dan Mahat, Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah LMS Taiping; Abdul Habib Alapitchay, Pengerusi Majlis Guru Besar LMS Taiping; Fatimah Omar, Pengerusi Majlis Pengetua LMS Taiping serta pegawai-pegawai PKG LMS, Taiping.

Kunjungan tuan dan puan sangat bererti bagi kami yang sedang uzur. Kami merasai masih dihargai dan disayangi.

MOHD TAIB AZMI
Taiping, Perak

Sumber : Utusan Malaysia Online

0 ulasan:

Post a Comment