Sambutan Perayaan Hari Guru Peringkat Negeri Terengganu Tahun 2011 akan diadakan pada 26 Mei 2011 bertempat di Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin,Dungun. Pemilihan tempat tersebut telah diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pengelola Hari Guru 2011 sempena dengan PPD Dungun sebagai tuan rumah Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri pada tahun ini. Y.A.B Dato'Haji Ahmad bin Said,Menteri Besar Terengganu dijangka merasmikan Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri tersebut.
Pagi tadi telah berlangsung Mesyuarat Jawatankuasa Pengelola Hari Guru yang keempat di tapak sambutan iaitu di Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin,Dungun.Mesyuarat berkenaan telah dipengerusikan oleh Tuan Haji Salleh Busu,Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu. PPD Dungun telah menyediakan pembentangan terperinci mengenai persiapan dan perjalanan majlis perasmian nanti. Selepas mesyuarat Jawatankuasa telah meninjau Dewan Utama di mana akan berlangsung Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri pada tahun ini. Sempena dengan Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri pada tahun ini pelbagai acara telah diatur seperti pertandingan Futsal,Pertandingan Koraoke,Pertandingan Menulis Puisi,Derma Darah,Program Kemasyarakatan dan sebagainya lagi di samping pelancaran buku dan pameran.
Kita berharap dan berdoa semoga PPD Dungun dapat meletakkan penanda aras tinggi sebagai tuan rumah sambutan pada tahun ini.
Selamat Hari Guru.Terima Kasih Cikgu. Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara.
No comments:
Post a Comment