Wednesday, May 18, 2011

Sambutan Hari Guru di Sekolah Kluster SK Sultan Sulaiman 1

Pagi tadi saya dan Ketua Unit Sekolah Rendah,En.Jelani bin Sulong yang juga Pegawai Perhubungan Sekolah telah hadir sama meraikan Sambutan Hari Guru di Sekolah Kluster SK Sultan Sulaiman1,Kuala Terengganu.

Menurut Guru Besar,SK Sultan Sulaiman 1,Tuan Haji Yusof bin Karim pada 16 Mei 2011 sekolah telah mengadakan sambutan dengan tumpuan membaca perutusan-perutusan hari guru sahaja. Beliau pada tarikh berkenaan berada di Serawak kerana meraikan Sambuatan Hari Guru Peringkat Kebangsaan dan sambutan hari ini ditumpukan kepada pengisian aktiviti seperti sukaneka dan acara persembahan guru dan pelajar.Turut sama meraikan sambutan tersebut ialah Yang DiPertua PIBG,SK Sultan Sulaiman 1,En.Wan Zakri.

Selamat Hari Guru kepada semua warga Sekolah Kluster SK Sultan Sulaiman 1.....


No comments:

Post a Comment