Penentuan Band bagi sekolah rendah, Skor 85 - 100 (Band 1),75 -84.99(Band 2),65 - 74.99(Band 3),60 - 64.99(Band 4),50-59.99(Band 5),40 - 40.99(Band 6) dan kurang 40 (Band 7)
GPS sekolah ada elemen tetap yang tidak boleh diubah dan dipinda tetapi SKPM adalah yang sekolah isi secara kendiri. Apabila sesebuah sekolah dicalon sama ada Kluster atau SBT dan dinilai oleh Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti maka SKPM yang sekolah nilai itu akan divarifikasi (disemak dan diuji) untuk pengesahan. Contoh varifikasi Dimensi 1,Elemen 1-Visi dan Misi ialah Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti akan tanya guru,murid dan pekerja sekolah tentang visi dan misi sekolah bagi melihat sejauh mana ianya dikomunikasikan.
Banyak sekolah yang dicalonkan tidak mendapat anugerah New Deal kerana gagal dalam verifikasi SKPM; skor yang ditulis tidak sama dengan realiti sebenar.
Kita ucapkan tahniah kepada Sekolah Terengganu yang berada di Band 1 dan dicalonkan anugerah sekolah SBT. SKPM dan Annex akan menjadi dua perkara utama untuk verifikasi pihak penilai nanti. Semangat yang Guru Besar dan GPK ditunjukkan dalam Bengkel Bimbingan Prestasi Sekolah Band 1 amat membanggakan. Kita berdoa akan muncul lagi SBT Kohort 2 di negeri Terengganu selepas SK Sultan Ismail,Kemaman.
Guru Besar dan Penyelaras Projek Kluster,
SK Tengku Ampuan Intan,H.Terengganu (Kluster Fasa 2)
Guru Besar dan GPK1,SK Sultan Sulaiman 1,
Kuala Terengganu (Kluster Fasa 3)
Kuala Terengganu (Kluster Fasa 3)
Guru Besar dan GPKK,SK Tengku Mahmud,Besut (Kluster Fasa 4)
Guru Besar dan GPKK,SK Tengku Mahmud 2,Besut
Guru Besar dan GPK1,SK Kampung Raja,Besut
Guru Besar dan GPK1,SK Seri Berang,Hulu Terengganu
Guru Besar dan GPK1,SK Dusun,Hulu Terengganu (SKM)
Guru Besar dan GPK1,SK Bukit Tadok,Hulu Terengganu (SKM)
Guru Besar dan GPK1,SK Rantau Petronas,Kemaman
Guru Besar dan GPK1,SK Jenang,Marang (SKM)
Guru Besar dan GPK,SK Kampung Fikri,Sungai Tong,Setiu (SKM)
GPK1 dan Penyelaras,SK Kampung Tayor,Setiu (SKM)
Tidak hadir : SK Mangkuk,Setiu (SKM)
Tahniah atas dedikasi,iltizam dan komitmen kalian !
No comments:
Post a Comment