Para peserta bengkel yang terdiri dari Guru Besar dan Penolong Kanan diberi pendedahan bagaimana penilaian sekolah SBT dibuat selain mereka diajar dan dibimbing membuat perancangan strategik. Selain dari itu,semua peserta bengkel di bawa melawat ke SK Zainab 2 iaitu Sekolah Berprestasi Tinggi Fasa 1 untuk meninjau secara dekat bagaimana sifat dan rupa Sekolah Berprestasi Tinggi yang sebenar.
Impak besar dari bengkel ini semua peserta lebih memahami konsep sekolah SBT dan bagaimana proses verifikasi SKPM oleh Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti. Selain itu skop penilaian Annex seperti personaliti unggul,anugerah,jaringan,jalinan dan penandaarasan semakin difahami oleh peserta.
Kita amat yakin sebahagian besar perkara yang diperlukan telahpun berada di sekolah cuma barangkali tidak tersusun dan teratur sebagaimana yang dikehendaki. Ataupun setidak-tidaknya ia menjadi permulaan kepada sekolah membuat persediaan untuk mengapai anugerah SBT yang melebihi RM700 ribu termasuk bonus bagi tahun-tahun yang akan datang.
Barangkali kita wajar mengucapkan setinggi penghargaan terima kasih kepada En. Shamsuri Sujak,KPP Kanan ,Sektor Pengurusan dan Perhubungan SBT,Dr. Citra dan krew beliau yang telah banyak membantu memberi kefahaman,penyediaan bahan dan pengurusan bengkel dengan berkesan kepada semua peserta
Lawatan Peserta Bengkel ke SK Zainab 2
Sekolah Berprestasi Tinggi Fasa 1
No comments:
Post a Comment