Monday, May 23, 2011

MGB Terengganu meraikan persaraan Setiausaha Agungnya...

Tengah hari tadi Pengarah Pelajaran Terengganu,Ketua Unit Sekolah Rendah dan Penyelia Kanan Khas/Asli/Kluster telah menjadi tetamu jemputan dalam majlis bagi meraikan persaraan mantan Setiausaha Agung Majlis Guru Besar Terengganu di Primula Park Royal Hotel,Kuala Terengganu.

Mantan Setiausaha Agung MGB Terengganu ,En. Badaudin Ismail,Guru Besar,SK Tengku Bariah,Kuala Terengganu akan mula bersara wajib pada 28 Mei 2011. Tempat beliau sebagai Setiausaha Agung MGB Terengganu dipangku oleh En. Amiruddin bin Ibrahim,Guru Besar,SK Tengku Ampuan Mariam,Kuala Terengganu sehingga Mesyuarat Agung MGB Terengganu nanti.Sementara calon Guru Besar bagi menggantikan tempat beliau pada 1 Jun 2011 telahpun ada dan telah diputuskan oleh Panel.

Majlis ringkas itu tadi turut dihadiri oleh semua wakil MGB Daerah yang juga Jawatankuasa MGB Negeri Terengganu. Unit Pengurusan Sekolah Rendah merakamkan setinggi penghargaan terima kasih atas sumbangan dan jasa bakti Cikgu Badaudin Ismail memimpin sekolah dan Majlis Guru Besar Negeri Terengganu. Terima kasih Cikgu Din,Selamat Bersara.

Pengerusi MGB Terengganu,Tuan Haji Yusof Karim 
sedang menyampaikan ucapan ringkas
Cikgu Badaudin Ismail.mantan SU MGB Terengganu 
sedang menyampaikan ucapan
Pengarah Pelajaran Terengganu,En.Razli bin Daud
menyampaikan cenderamata kepada Cikgu Badaudin Ismail
Ketua Unit Rendah,En.Jelani Sulong
menyampaikan cenderamata kepada Cikgu Badaudin Ismail
Rakan Exco MGB Terengganu
Rakan Ecxo MGB Terengganu

No comments:

Post a Comment