Tuesday, May 17, 2011

Tragedi Cuti Hari Wesak,dua guru mati lemas

KEMAMAN- Suasana cuti Hari Wesak di Kemaman khasnya dan Terengganu amnya telah dikejutkan dengan kematian serentak dua orang guru SK Kijal pagi ini. Tragedi sedih terjadi apabila Cikgu Mohd Iskandar bin Mohd Arif (Guru J-Qaf) dan Cikgu Anuar bin Harun (warden asrama) mati lemas di Pantai Penunjuk Kijal pagi tadi.

Menurut En.Jusoh bin Embong,Penyelia Kanan Pengurusan Sekolah,PPD Kemaman yang dihubungi USR Blogger Team memaklumkan bahawa kedua guru berkenaan telah mandi ketika air pasang di pantai tersebut selepas berjoging awal pagi tadi justru sekolah cuti kerana Hari Wesak. Bagaimanapun menurut beliau beberapa orang lain yang turut  berada berdekatan telah memberi bantuan dan berusaha menyelamatkan mangsa-mangsa namun gagal.

Allahyarham Cikgu Iskandar Mohd Arif difahamkan berasal dari Johor tetapi telah berkahwin dengan seorang guru di negeri ini dan isteri beliau bertugas di SK Tengku Mahmud,Besut.Manakala Allahyarham Cikgu Anuar Harun yang masih bujang berasal dari Marang,Terengganu. Jenazah mangsa dituntut keluarga masing-masing apabila selesai bedah siasat di Hospital Daerah Kemaman petang ini. Allayarham Cikgu Iskandar Mohd Arif akan dikebumikan di kampung halamannya di Muar manakala Allahyarham Cikgu Anuar Harun akan dikebumikan di Marang mungkin lewat petang ini.Suasana pilu dan sedih menyelubungi Hospital Kemaman dengan kehadiran keluarga,rakan-rakan guru daerah Kemaman dan juga para pegawai dari PPD Kemaman.

Bagi pihak Pengarah Pelajaran Negeri dan semua kakitangan warga JPN Terengganu kita merakamkan sekalung ucapan takziah kepada keluarga mangsa semoga bersabar dengan ujian Allah ini dan berdoa semoga kedua-duanya ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah.

2 ulasan:

izwah said...

Innalillahi wainnailaihiraji'un.. Allah lebih menyayanginya.. semoga ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh. aminn

eRiEzCoOL said...

innalillah..semoga roh mereka ditempatkan bersama mereka yang beriman,dan kepada yang hidup,jadikan ingatan bahawa pantai2 di terengganu bukan lagi seperti dlu,cukuplah pantai sekadar menjadi tmpt istirehat dan santai..

Post a Comment