Hampir empat puluh orang peserta terdiri dari Guru Besar dan GPK dari sepuluh buah SJKC seluruh negeri telah hadir. En.Jelani Sulong,Ketua Unit Sekolah Rendah mewakili Ketua Sektor Pengurusan Sekolah telah sudi hadir untuk menyampaikan ucapan dan menyempurnakan penutupan kursus tersebut. En. Jelani Sulong dalam ucapannya mahu semua pengurus SJKC Terengganu sentiasa membuat penambahbaikan dengan menghayati konsep cemerlang,peningkatan ilmu,kemahiran serta semangat kerjasama yang padu antara ahli organisasi.
Sebelum itu,En.Mat Lazim Noor,Penyelia Kanan Projek Khas/Asli/Kluster,Unit Pengurusan Rendah telah menyampai input berkaitan sekolah kluster/sbt dan new deal serta kaedah kenaikan pangkat khususnya pemangkuan dari DGA32 ke DGA34. Secara ringkas beliau menyatakan apa saja anugerah yang melibatkan pihak Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti sebagai penilai,SKPM adalah dokumen utama digunakan sebagai instrument penilaian utama melalui proses verifikasi. Oleh itu skor SKPM kendiri mestilah sepadan dengan realiti sebenar jika tidak selaras skor akan dipotong tegas beliau.
Kita berharap dengan kursus dan pendedahan yang diberi akan ada nanti SJKC boleh mencapai piawaian u ntuk pencalonan sebagai sekolah kluster atau sekolah berprestasi tinggi atau bilangan yang mendapat tawaran baru boleh dipertingkatkan pada masa akan datang.
Salam, tahniah kerana berjaya mengajurkan Kursus Peningkatan Profesionalise untuk GB dan PK Negeri Trg. Kami mendapat banyak ilmu baru terutamanya semasa lawatan ke SJK(C) Pei Chai. Kami berpeluang melihat kejayaan sekolah tersebut dan kekuatan yang ada pada mereka. Selain itu, kami juga didedahkan dengan sistem penggredan KSSR yang melibatkan band 1 hingga band 6. Pada pendapat saya, bukan sahaja peningkatan profesionalisme amat penting, malah peningkatan keberkesanan cara kerja dan produktiviti juga amat penting.
ReplyDeleteKami GB&PK mungkin boleh mendapat ilmu yang lebih berguna dan lebih bermakna jika pihak penganjur boleh memasukkan slot-slot yang berkenaan dengan bidang kerja GB&PK memandangkan PK-PK SJKC ramainya adalah lantikan baru. Dengan cara ini, GB&PK dapat mengurangkan kesilapan dalam kerja buat mereka dan secara tidak langsung perkara ini akan memberikan tanggapan positif kepada aspek kepimpinan sesuatu ketua jabatan.
Pendedahan pengurusan fail pengurusan dan fail meja juga amat membantu meningkatkan profesionalisme GB&PK. Dengan sistem fail dan fail meja yang terurus dan sistematik, banyak masa dapat dijimatkan semasa menjalankan kerja "mencari". Selain itu, ia akan membantu sekolah dalam peningkatan apa-apa pemantauan yang memantau sistem fail sekolah.
Pemahaman yang tepat terhadap bidang tugas PK juga akan banyak membawa kepada peningkatan profesionalisme seseorang PK. Kadang-kadang PK yang baru bukannya malu bertanya, cuma beranggapan perbuatan "bertanya" mungkin akan menghalang tugasan atau kerja rutin kepada yang ditanya. Alangkah bagusnya semua PK termasuk PK SKM dipanggil bersama GB menerima kursus berkenaan bidang tugas mereka. Hal sedemikian juga mengelakkan kesilapan mengagih tugas di kalangan GB.
SJKC Terengganu mempunyai 4 orang GB yang akan berpencen tidak lama lagi dan beberapa GB DGA38 cemerlang, peluang yang saya nampak ialah JPNT boleh menggunakan perkhidmatan dan pengalaman mereka untuk memberi bimbingan dan pengajaran kepada GB&PK yang baru dilantik. Mereka kesemuanya mempunyai pengalaman melebihi 10 tahun dan pengalaman tersebut amatlah berguna jika boleh dikongsi dengan GB&PK yang baru.
Diharap cadangan ini dapat diluluskan dalam kursus pada masa depan. Terima kasih.