Monday, May 16, 2011

Live Sambutan Hari Guru di Sekolah Kluster SK Tengku Ampuan Intan..

Hari ini semua Pegawai Perhubungan Sekolah turut bersama sekolah angkat masing-masing merayakan Sambutan Hari Guru. Saya sekarang berada di Sekolah Kluster SK Tengku Ampuan Intan,Hulu Terengganu  bersama warga sekolah merayakan Sambutan Hari Guru. Pada sebelah pagi tadi telah diadakan acara perhimpunan. Antaranya nyanyian lagu Negaraku,Lagu Guru Malaysia,ucapan dan membaca perutusan serta ikrar dan juga penyampaian Anugerah  Guru dan Kakitangan Cemerlang sempena Hari Guru Sekolah 2011.

Menurut Tuan Haji Mat Hassan bin Draman,Guru Besar,SK Tengku Ampuan Intan,pemilihan pemenang anugerah berdasarkan pilihan para guru dan staf sekolah sendiri.

Sekrang ini sedang berlangsung acara permainan di padang dan kemudian nanti akan diadakan acara persembahan guru dan pelajar. Persembahan nyanyian,deklamasi puisi dan sebagainya itu akan diiringi oleh Band D'Intan Junior milik sekolah ini sendiri..



1 comment: