Friday, July 2, 2010

Renungan Jumaat - Cikgu ! Cikgu! Cikgu!


Cikgu, cikgu
Ajarlah saya, saya mahu belajar. Kadang-kala saya tak tahu buat kerja sebab saya tak faham. Tapi saya pasti akan dapat buat dengan sedikit bantuan dari cikgu.
Cikgu, cikgu
Biarlah saya dengan diri saya. Saya tak mahu seperti Ali atau Amirah. Saya tak mahu melukis seperti Ahmad atau menulis seperti Nurul. Tolonglah jangan bentuk saya seperti orang lain. Saya suka siapa saya.
Cikgu, cikgu
Pandanglah saya. Tidakkah cikgu ternampak saya melihat di luar tingkap? Tidakkah cikgu nampak saya bermain dengan kereta mainan? Kadang saya buat bising supaya cikgu melihat saya dan memanggil nama saya. Saya suka bila cikgu panggil nama saya.
Cikgu, cikgu
Lihatlah saya. Saya tahu saya tidak cantik dan tidak cerdik. Tapi saya adalah sebahagian dari kelas ini. Saya diam di dalam kelas dan tidak menggangu orang lain. Senyumlah pada saya dan beritahulah saya yang cikgu tahu saya ada di sini.
Cikgu, cikgu
Sayangilah saya. Saya inginkan satu ruang kecil dalam hati cikgu. Kalau saya tahu cikgu sayangi saya, saya akan dapat buat kerja lebih baik untuk cikgu. Cikgu seorang yang baik dan saya sayang pada cikgu, dan saya harap cikgu juga sayang pada saya.

No comments:

Post a Comment