Tuesday, July 13, 2010

Mesyuarat Pengurusan Data Murid Pendidikan Wajib Bil 3/2010

Mulai 13 hingga 15 Julai 2010, Unit Penyeliaan Sekolah Rendah (Pengurusan Murid) telah mengadakan mesyuarat berkaitan di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Terengganu. Semua pegawai Pengurusan Murid dan Penyelia Kanan Pengurusan Sekolah PPD hadir sama bagi menyelaras Kutipan Data Pendidikan Wajib pada 31 Julai 2010 yang meliputi:
  1. Data murid cicir mengikut tahun dan kaum
  2. Data murid cicir (murid Asli dan Penan)
  3. Data murid masuk awal mengikut kaum
  4. Data murid Home Schooling
  5. Data murid tangguh Tahun 1
  6. Data murid Bukan Warganegara
  7. Data murid Malaysia As My Second Home
  8. Data murid lewat mendaftar
  9. Data murid tiada surat lahir
En. Jelani Sulong,Ketua Unit Rendah dalam ucaputama menegaskan supaya semua kerja-kerja pengurusan data murid pendidikan wajib dapat dilaksanakan dengan tepat, teliti , cekap dan selaras dengan pihak yang terlibat supaya untuk  Jabatan dan KPM dapat menggunakan data yang ada  keesahan dan kebolehpercayaan.

Beliau juga menyentuh mengenai pertukaran aliran murid,permohonan murid dari sekolah swasta,kemasukan murid tanpa sijil lahir,penempatan murid Tahun 1,2011,pengesahan permohonan penempatan Tahun 1,2011,perubahan proses pertukaran murid dan keciciran murid.Informasi serta perubahan telah dibincang dan sebahagiannya ada disiarkan dalam blog Unit Rendah.

Beliau berharap semua kanak-kanak berhak berada di sekolah mengikut kohort umur masing-masing. Semua pegawai mesti mengurus murid dengan betul dan mengikut peraturan yang sedia ada agar mereka mendapatkan hak mereka yang sepatutnya.

No comments:

Post a Comment