'Saya menggunakan pendekatan yang "rapport" dengan murid-murid,guru-guru,ibubapa dan PIBG dan inilah kunci kejayaan SK Bukit Damansara mencapai anugerah Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) tahun lepas" kata Pn.Zarina bt. Jamil,Guru Besar,SK Bukit Damansara dalam taklimatnya kepada rombongan dari Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu.
SK Bukit Damansara walaupun bukan dari Sekolah Kluster tetapi telah terpilih menerima anugerah sekolah SBT Fasa Pertama kerana Kecemerlangan Akademik dan perwatakan unik yang dimiliki. Pencapaian Gred Purata Sekolah (GPS) 1.31 (2009) dan UPSRnya sangat cemerlang selain daripada SKPMnya yang juga cemerlang. Biarpun pada peringkat awal, sekitar tahun 2006 sekolah ini menghadapi audit berteguran serta menerima pelbagai tekanan dari ibubapa dan masyarakat yang mempunyai ekspektasi tinggi kepada sekolah tetapi dengan kecekapan dan kebijaksanaan pengurusan sekolah ianya telah membawa transformasi besar kepada pencapaian akademik,kokurikulum dan sahsiah murid sekolah ini.
Kerjasama pihak sekolah dengan PIBGnya sangat akram serta saling berpaut.PIBG dan ibubapa yang mempunyai kemahiran,masa dan komitmen dilibatkan semaksima mungkin dalam membantu kegiatan persekolahan melalui pelbagai pendekatan dan sistem seperti Class Representative System. Di mana melalui sistem ini setiap kelas diletak di bawah naungan seorang wakil ibubapa bagai membantu kegiatan serta kawalan disiplin dan sebagainya. Selain dari itu wujud jalinan komunikasi intraktif melalui portal sekolah antara sekolah dengan para penjaga dan ibubapa. Situasi ini telah memberi kefahaman,mengurang salah faham dan lebih menyayangi sekolah.
Selain dari itu dengan bantuan dan kerjasama PIBG pelbagai perkongsian strategik dengan pelbagai agensi luar dapat dijalankan untuk kemajuan sekolah. Pendeknya realiti untuk "memasyarakatkan sekolah" dapat kita saksikan di sini.Impaknya banyak kejayaan diraih oleh sekolah ini dalam pelbagai bidang sama ada di peringkat nasional dan antarabangsa.
Selain dari itu,sesuatu yang boleh dipelajari dari sekolah ini ialah bagaimana 'budaya" pengurusan dalam semua bidang persekolahan sama ada kurikulum,hal ehwal murid,kokurikulum,komuniti dirancang dan dilaksanakan dengan baik dan konsisten. Budaya post mortem,budaya pelaporan dan budaya merancang serta melaksanakan tanpa cacat begitu terserlah.Unsur TQM dicerna dengan baik.Oleh yang demikian sekolah yang mencapai piawaian seumpama ini jika datang apa jua penilaian mereka telah bersedia dan telah lama memiliki kreteria yang dinilai kerana itu adalah amalan praktis yang berlaku dalam sistem persekolahannya.Kenali SK Bukit Damansara di sini.
Sewajarnya inilah yang harus dipelajari oleh 73 rombongan pegawai JPN,PPD,Pengetua dan Guru Besar dari Terengganu yang dihantar khas oleh kerajaan negeri untuk mencari pengalaman bagaimana membina calon sekolah SBT bagi negeri Terengganu yang sememangnya mempunyai kekuatan dan keupayaan mencapai status itu.Pasukan lawatan ini dibahagikan kepada dua kumpulan. Kumpulan Pertama yang diketui oleh En.Ramli Zainal,Ketua Sektor Jaminan Kualiti,JPN Terengganu melawat Sekolah Aminuddin Baki dan Kolej Islam Kelang
Sementara Pasukan Kedua diketuai oleh Tn.Haji Mohd Zubir Embong,Ketua Sektor,Sektor Pengurusan Akademik melawat SK Bukit Damansara dan SK Bintang Utara. Sembilan bidang keutamaan dalam penilaian SBT seperti Towering Personalities,lingkages,networking dan sebagainya akan dikaji dan dilihat oleh pasukan-pasukan ini. Hasil penemuan itu akan dibentang untuk dibincang secara mendalam.
Langkah strategik mengadakan lawatan seupama ini sangat praktikal dan amat kena pada tempat dan masanya. Taklimat yang diadakan semalam dengan pembahagian tugasan kepada ahli rombongan dan pelaporan hasil lawatan juga merupakan satu pendekatan yang akan membantu sekolah-sekolah yang telah dicalonkan sebagai sekolah SBT membuat persiapan dan persediaan. Sesusngguhya sekolah-sekolah Terengganu telah sedia ada kekuatan ke arah itu cuma perlu sedikit anjakan sikap dan pemikiraan memacu menjadikan Terengganu Anjung Ilmu.
No comments:
Post a Comment