Wednesday, July 7, 2010

Mesyuarat dan Bengkel Kutipan User Requirements e-GTukar dan e-Operasi , KPM


Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM), Kementerian Pelajaran Malaysia sedang mengadakan Mesyuarat dan Bengkel Kutipan User Requirements e-GTukar dan e-Operasi  bertempat di Sumai Apartment, Kuala Terengganu. Mesyuarat selama 5 hari ini bermula pada 5 Julai hingga 9 Julai 2010 ini dhadiri oleh 56 orang pegawai dari Kementerian Palajaran dan Jabatan Pelajaran Negeri.
Ahli mesyuarat dari KPM terdiri daripada para pegawai dari Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH) selaku peneraju bersama dalam pelaksanaan Sistem e-GTukar. Bahagian-bahagian lain di KPM yang turut terlibat ialah Bahagian Pendidikan Islam, Bahagian Pengurusan Teknik dan Vokasional, Bahagian Pengurusan Sekolah Sukan dan Sekolah Seni dan Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Kluster. Kesemua bahagian ini terlibat dalam proses penempatan dan pertukaran guru-guru mengikut jenis sekolah di Malaysia.
Pegawai JPN seluruh negara  turut terlibat dalam mesyuarat ini. Mereka terdiri daripada Administrator Rendah dan Administrator Menengah sistem online e-GTukar. Dalam ucapan perasmian, En. Aidie bin Jantan, Ketua Penolong Pengarah Sektor Menengah, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH) telah melahirkan rasa berpuas hati terhadap pelaksanaan e-GTukar. Menurut beliau, pelaksanaan sistem online ini telah mencapai 98% menepati matlamat program ini dibangunkan.
Sungguhpun demikian, beliau amat berharap  sistem yang dibangunkan oleh BPM ini sentiasa mengalami penambahbaikan. Oleh itu, pandangan membina daripada semua peringkat pengguna sistem online ini amat dialu-alukan.
Menyentuh tentang proses pembinaan pangkalan data e-Operasi yang bertujuan mencantumkan semua data guru yang dibina  dan diguna secara berasingan di Bahagian-Bahagian tertentu, beliau amat berharap supaya semua ahli mesyuarat boleh menjana buah fikiran untuk membantu BPSH dan BPM merealisasikan hasrat murni ini. Hasrat BPSH ialah ingin memiliki data tunggal yang akan berfungsi sebagai Bank Data Operasi Guru di semua jenis sekolah di seluruh negara.
Bagi merealisasikan tujuan ini, BPM yang menerajui aspek teknikal sistem e-Operasi akan membentuk Jawatankuasa Teknikal e-Operasi yang di anggotai oleh kalangan administrator e-GTukar yang berpengalaman dalam pengurusan data guru. Ahli jawatankuasa ini akan membincangkan secara menyeluruh keperluan yang sepatutnya ada dalam data e-Operasi.
Dicatat oleh : En.Kamal bin Abdullah,Penolong Pengarah Pengurusan Guru,URSPS JPN Terengganu

1 comment:

  1. EOPERASI sebagai data tunggal yang akan berfungsi sebagai Bank Data Operasi Guru . persoalan saya sebagai guru data ialah, kenapa perlunya data eoperasi sedangkan data emis online telah ada. kenapa perlu membazir masa membuat kemaskinian pula dalam eoperasi. kenapa tidak import sahaja data daripada emis online yang memang kemaskini datanya.pada pandangan saya inilah salah satu sebab guru terbeban kerja-kerja perkeranian.

    ReplyDelete