Friday, July 23, 2010

Iklim Persekolahan

Pada 21 dan 22 Julai saya bersama Ketua Unit Rendah,En.Kamal Abdullah (PP Guru) dan En.Tan(PK SJKC) serta Cik Siti Norfaezah (Akauntan) telah melawat dan memantau beberapa buah sekolah di daerah Kemaman. Niat utama kami untuk datang meninjau dan membantu SK Sultan Ismail yang merupakan calon tunggal SBT sekolah rendah negeri Terengganu namun pasukan "penilaian Jemaah Nazir" telah mendahului kami sebelumnya.

Walaupun kami tidak sempat ke SK Sultan Ismail pada kali ini tetapi semasa kami memantau dahulu ke sekolah ini kami meletakkan sekolah ini layak dicalonkan kerana iklim persekolahan; sama ada iklim fizikal,iklim pengurusan dan iklim kemanusiaan berada tahap baik dan merangsangkan pertumbuhan kecemerlangan.Tahniah kepada Guru Besar,GPK,Guru dan warga SKSI kerana mencapai tahap ini. Semoga SKSI berjaya memenangi anugerah SBT 2010

Isu yang ingin saya kemukakan di sini ialah "Iklim Persekolahan".Saya menggunakan SKSI sebagai banchmark di mana SKSI mempunyai iklim yang seimbang dari semua aspek.
Dalam pemantauan dan tinjauan kami jarang sekolah yang kami lawati mempunyai keseimbangan iklim ini. Ketidakseimbangan iklim akan menimbul pelbagai krisis dalam organisasi dan persekolahan hingga membantutkan pencapaian sekolah.

Ada sekolah yang sangat bagus dari segi iklim fizikalnya. Landskap yang cantik dan kawasan yang bersih begitu merangsang dan menenangkan.Sayangnya iklim yang bagus itu tidak meresap dalam pengurusan dan pentadbiran.Pengurusan kewangan tidak mencapaian piawaian sebenar,sistem fail dan pengurusan aset yang berterabur,pengurusan program persekolahan cacamarba dan sebagainya. Begitu juga kebagusan iklim fizikal itu juga tidak membuahkan kemanisan dan kebagusan dalam iklim interporsonel manusia dalam sekolah. Guru tidak puashati dengan beban tugas yang banyak. Kecewa dengan prestasi.Kurang senang dengan stail pengurusan autokratik atau kebebasan melampau.Pekerja tidak ngam dengan guru....dan bermacam lagi habuk,debu,virus yang boleh mengancam iklim persekolahan dan seterusnya mampu membunuh integriti,inovasi,kreativiti,pengorbanan dan kesetiarelaan serta kecemerlangan sekolah.

Sewajarnya setiap kita baik pengurusan sekolah,guru,murid dan ibubapa perlu menjaga aset persekolahan (fizikal,manusia,sistem,budaya) agar sentiasa melonjak dan meningkat,subur meranum supaya benih insaniah kepimpinan yang kita tanam dapat kita bajai dan sirami serta tumbuh subur dalam iklim persekolahan yang kita bina dan kita jagai.Jangan sesekali kita khianati kerana kerakusan,keegoan dan kedangkalan kita.

3 comments:

  1. Iklim - satu istilah yang mudah tapi bukan senang nak melaksanakannya. Pegawai di KPM, JPN, PPD pun belum tentu boleh melahirkan iklim yang serba bagus sebagaimana teori.

    ReplyDelete
  2. Tidak ada siapa dan tiada benda yang perfect 100% tapi berusaha ke arah itu adalah 100 kali lebih baik daripada tidak berbuat apa-apa atau takut sebelum berbuat apa-apa.

    ReplyDelete
  3. Syabas, SKSI atas pencalonan SBT!

    ReplyDelete