KUALA LUMPUR 1 Julai - Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan, pendidikan prasekolah perlu mengalami anjakan agar ia berupaya menjadi pemangkin memenuhi perkembangan kanak-kanak, bangsa dan keperluan negara.
Timbalan Perdana Menteri berkata, pendidikan prasekolah perlu bersifat futuristik seiring dengan aspirasi negara untuk membina masyarakat madani.
"Masyarakat madani ini perlu berpegang kepada teras keimanan, mempunyai ketahanan diri, memiliki identiti bangsa Malaysia, berpandangan jauh, citra diri yang tinggi dan berdisplin.
''Masyarakat ini juga perlu mengamalkan cara hidup yang cemerlang seiring dengan penghayatan semangat 1Malaysia,'' katanya.
Timbalan Perdana Menteri memberitahu, hakikat ini dapat diterjemahkan melalui sistem pendidikan prasekolah yang bersifat holistik, tidak terlalu akademik dan sentiasa mendepani keperluan perkembangan kanak-kanak prasekolah.
Sehubungan itu katanya, guru-guru prasekolah perlu dilatih supaya dapat menyediakan peluang pembelajaran yang menyeronokkan dan bermakna seta tidak membosankan kepada kanak-kanak.
Sumber : Utusan Malaysia Online
No comments:
Post a Comment