Sunday, July 18, 2010

Mesyuarat Sektor Pengurusan Sekolah,JPN Terengganu

Ahad,18 Julai 2010 Sektor Pengurusan Sekolah,Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu telah mengadakan mesyuarat sektor di Pusat Ko-kurikulum Negeri Terengganu. Mesyuarat berkenaan telah dipengerusikan oleh YM Tengku Anuar bin Tengku Dalam,Ketua Sektor,Sektor Pengerusan Sekolah.

Mesyuarat yang bermula jam 9.30 pagi hingga lewat petang telah dihadiri oleh semua Ketua Unit,pegawai dan kakitangan dari empat unit di bawah Sektor Pengurusan Sekolah.Unit-unit di bawah Sektor Pengurusan Sekolah ialah Unit PraSekolah dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak,Unit Penyeliaan Sekolah Rendah,Unit Penyeliaan Sekolah Menengah dan Unit Perhubungan dan Pendaftaran.

Ketua Sektor dalam ucapannya menyorot tentang kemenjadian diri,cabaran dan amanah serta kebertangungjawaban terhadap apa yang dilakukan semasa kehidupan ini. Beliau mengingatkan semua anggota sektor supaya sentiasa ikhlas dan bersungguh-sungguh melaksanakan amanah rakyat dan negara.

Pelbagai isu dalam pengurusan kerja telah dibincangkan seperti isu berkaitan prestasi para ahli sektor,komunikasi,agihan tugas,kewangan,kerjasama,perpaduan,naik pangkat,audit,sasaran kerja tahunan,pengurusan pertukaran murid,talian internet dan berbagai lagi yang bersangkutan kerjabuat semua ahli Sektor Pengurusan Sekolah.

No comments:

Post a Comment