Begitu juga kehidupan berorganisasi seperti sekolah, ppd, jpn dan sebagainya. Ianya kadang seperti lautan. Kadangnya tenang kadangnya bergelora. Ianya menjadi medan kebijaksanaan kepada ketua mengurus konflik secara bijaksana dan cekap kerana kegagalan mengurus konflik bermakna dia gagal mengurus dan parahnya lagi dia gagal menjadi seorang ketua.
Ada banyak faktor mengapa ujudnya pelbagai konflik dalam organisasi. Kadang-kadang ia ditimbul dari stail dan caragaya ketua mengurus organisasi. Ada sesetengahnya sangat ketat kawalan atau tersangat longgar. Kedua-duanya mempunyai kesan dan implikasi kepada kestabilan organisasi. Justru itu dalam Islam cara yang paling baik ialah "kesederhanaan". Pembahagiaan tugas yang tidak seimbang atau adil atau tidak selari dengan kompetensi seseorang ahli organisasi juga merupakan punca dan faktor yang boleh menggugat ketenangan organisasi dan membenihkan perasaan tidak puashati yang boleh menjadi barah dalam organisasi.
Selain itu amalan pilih kasih dan ketidakadilan dalam membuat penilaian hasil kerja juga seperti penilaian prestasi juga menjadi faktor ketidakstabilan organisasi. Kerap kita dengar percikan luahan tidak puashati dengan pemberian anugerah seperti Anugerah Khidmat Cemerlang (APC), pingat dan sebagainya. Bahkan membiarkan ahli-ahli oraganisasi yang dianggap tidak produktif juga kadang menjadi faktor krisis kepimpinan dalam organisasi. Ketua yang hanya mementingkan diri sendiri, memilih jalan selamat dan tidak berani bertindak mereka bakal kehilangan kepercayaan dan respektasi ahli-ahli dalam organisasi.
Satu kesilapan besar pemimpin organisasi ialah membiarkan bibit-bibit tidak puas hati dengan andaian mudah bahawa perkara itu akan pulih dengan sendiri. Tidak penyakit yang sembuh sendiri tanpa diubat dan setiap penyakit simpton-simptonnya. Kebijaksaan mengenal simpton dan menyediakan rawatan pencegahan adalah tanda pemimpin atau doktor atau bomoh yang bijaksana. Biasanya ahli organisasi akan memberontak yang boleh menggugat organisasi bila mereka merasa tidak dihargai, terancam, teraniaya, ditindas dan disekat peluangnya.
Sebagai pemimpin kita tidak boleh mengelak dan lari dari memikul masalah organisasi apalagi melepaskan batton kepada orang lain. Kita mesti hadapi dan menyelesaikan sama ada kita membuat keputusan secara hiraki (kita yang totaly putuskan), secara kompromi (perundingan) ataupun secara autonomus (ahli organisasi yang memutus). Kebijaksanaan mengenalpasti punca masalah dan kebijaksanaan membuat keputusan bakal memantap, mengukuh dan menyemarakan pembangunan organisasi.
Selain itu kita bukan sahaja mesti mempunyai halatuju yang jelas dan boleh dikomunikasi dengan semua ahli organisasi tetapi juga kita mesti mengamalkan atitud yang hebat seperti integriti, berwibawa, tidak pilih kasih, adil serta menghargai peranan dan sumbangan setiap ahli organisasi. Umumnya mengetahui bahawa hati yang kotor dan hasad dengki adalah punca pertelagahan maka harus disediakan ubat untuk hati seperti mengadakan bacaan Al-Quran, tazkirah atau wacanana bulanan ilmiah kepada ahli organisasi kita.
Hadiah hari jadi, ucapan terima kasih, sijil penghargaan adalah antara aprisiasi yang murah harganya tapi mahal impaknya dalam pembangunan organisasi yang patut dibudayakan. Manusia bukannya robot tapi insan yang ada jiwa, ada rasa , ada harga diri tidak kira jawatan apa dalam organisasi yang perlu dilayan sebagai insan oleh pemimpin organisasi. Kebijaksanaan membeli jiwa dan hati ahli organisasi adalah antara kebijaksanaan pemimpin organisasi pada aras tinggi kerana anda nantinya akan menerima kesetiaan dan pengorbanan mereka tanpa berbelah-bahagi dalam membangunkan kehidupan berorganisasi.
No comments:
Post a Comment