Sunday, January 5, 2014

Kementerian cari jalan bantu guru gagal berpindah



BESUT 5 Jan. - Kementerian Pendidikan akan berusaha mencari jalan terbaik bagi meringankan beban para guru yang tidak berjaya mendapat kelulusan pertukaran balik ke negeri masing-masing sebagaimana keputusan dikeluarkan oleh kementerian baru-baru ini.

Menteri Pendidikan Kedua, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, pihak kementerian tidak dapat memenuhi permintaan mereka kerana tiada kekosongan dengan memberikan contoh di Kelantan yang mempunyai kelebihan 30,000 guru manakala di Terengganu dan Kedah pula masing-masing mempunyai kelebihan 10,000 orang.

``Antara masalah lain ialah mereka yang memohon balik ke negeri-negeri berkenaan tidak memenuhi kekosongan opsyen yang diperlukan di negeri berkenaan,'' katanya.

Idris berkata, satu mesyuarat peringkat kementerian akan diadakan pada pertengahan bulan ini bagi membantu guru yang mempunyai alasan kukuh untuk bertukar seperti ibu atau ayah yang sakit, hendak bersama isteri atau suami yang telah lama tinggal berasingan dan berjauhan dan juga kerana masalah keselamatan atau sakit. - Bernama


1 comment:

  1. Mudah-mudahan usaha DS Menteri Pelajaran dapat membantu guru-guru yang benar-benar perlu bertukar. Terima kasih Dato,.

    ReplyDelete