Thursday, January 9, 2014

Meraikan persaraan Penyelia Kanan SJKC

KUALA TERENGGANU - Unit Pengurusan Sekolah Rendah JPN Terengganu hari ini mengadakan  Majlis Makan Tengahari di Hotel Grancontinantal, Kuala Terengganu bagi meraikan En. Tan Swe Theng, Penyelia Kanan SJKC dan isteri yang bersara pilihan akhir tahun lalu. Turut hadir ialah KPP Sektor Pengurusan Sekolah, KPP Sektor Penilaian dan Peperiksaan (mantan Ketua Unit Rendah), Ketua Unit Rendah, Ketua Unit Menengah , wakil Ketua Unit Perhubungan  dan Pendaftaran serta semua pegawai dan kakitangan Unit Pengurusan Sekolah Rendah.

En. Tan Siew Theng sebelum itu bertugas sebagai Guru Besar, SJKC Kwang Hua, Dungun. Seorang pegawai yang disenangi oleh rakan-rakan setugas di Unit Pengurusan Sekolah Rendah. Seorang yang kominted dan senang memberi kerjasama. Hingga kini kita sedang mencari calon khususnya guru Cina di atas gred DG34 TBBK untuk dihakikikan dipost ini sebagai pengawai pengubung utama dengan SJKC.

Pada En. Tan dan isteri kami warga Unit Pengurusan Sekolah Rendah merakamkan setinggi penghargaan terima kasih di atas segala jasa dan sumbangan dan berharap beliau dan isteri sentiasa sihat meneruskan kehidupan selepas persaraan.



No comments:

Post a Comment