Tuesday, January 28, 2014

Guru Mohon Maaf Secara Terbuka Kepada Kamalanathan



SHAH ALAM, 27 Jan (Bernama) -- Penolong Setiausaha Pemuda Umno Bahagian Hulu Selangor Muhammad Rizuan Suhaimi, yang didakwa menumbuk leher Timbalan Menteri Pendidikan P. Kamalanathan dua minggu lepas, hari ini memohon maaf secara terbuka kepada Anggota Parlimen Hulu Selangor itu.

Beliau dalam sidang media di sini hari ini juga melahirkan rasa terharu dan terhutang budi kepada Kamalanathan, yang dilaporkan semalam sanggup memaafkannya.

Muhammad Rizuan yang bertugas sebagai guru berkata tindakan Kamalanathan itu membuktikan beliau seorang pemimpin berjiwa besar dan sanggup mengetepikan soal peribadi untuk keharmonian masyarakat di kawasan yang diwakilinya.

"Kemaafan beliau itu sesungguhnya memberikan nafas baharu kepada saya dan keluarga atas ketelanjuran perbuatan saya terhadap beliau. Saya dengan penuh penyesalan dan rendah diri ingin memohon maaf secara terbuka kepada Yang Berhormat P. Kamalanathan," katanya.

Kamalanathan dalam kenyataannya semalam berkata perbuatan Muhammad Rizuan itu merupakan isu peribadi dan satu tindakan emosi yang tidak disengajakan dalam kejadian yang berlaku di pejabat wakil rakyat itu pada 12 Jan lepas.

Muhammad Rizuan dikatakan kecewa dengan timbalan menteri itu yang tidak membantu isterinya yang mengajar di sebuah sekolah di Batu Pahat supaya ditukarkan ke Selangor.

-- BERNAMA


3 ulasan:

Anonymous said...

Inilah diantara contoh-contoh peribadi muslim tetapi dimiliki oleh non muslim manakala perangai seorang muslim tetapi tidak langsung mencerminkan peribadi muslim. asemogs Muslim dapat belajar sesuatu dari peristiwa ini.

Anonymous said...

Samseng tak pasal pasal

USR BLOGGER TEAM said...

Kita letak perkara berkaitan kat blog ini supaya belajar dan ambil iktibar

Post a Comment