Monday, January 6, 2014

Lebih Tiga Juta Peluang Pekerjaan Baharu Menjelang 2020 - Najib



KUALA LUMPUR, 5 Jan (Bernama) -- Kerajaan mensasarkan untuk mewujudkan lebih tiga juta peluang pekerjaan baharu menjelang tahun 2020, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib di laman Facebooknya, Ahad berkata hasrat menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia itu selari dengan status negara maju berpendapatan tinggi yang juga disasarkan pada tahun berkenaan.

"Sejak tahun 2011, lebih sejuta peluang pekerjaan telah diwujudkan kepada rakyat Malaysia melalui usaha-usaha penjanaan ekonomi.

"Kerajaan meletakkan sasaran mewujudkan lebih tiga juta peluang pekerjaan menjelang tahun 2020, selari dengan status negara maju berpendapatan tinggi," katanya.

Najib berkata sebanyak 313,741 peluang pekerjaan telah diwujudkan pada 2011, manakala kira-kira 800,000 lagi pada 2012.

--BERNAMA

No comments:

Post a Comment