Wednesday, January 8, 2014

Mesyuarat Penyelarasan Pemantauan Persekolahan 2014

KUALA TERENGGANU - Urusetia Jawatankuasa Pemantauan Persekolahan JPN 2014 hari ini telah mengadakan mesyuarat penyelarasan bagi menyediakan data dan pelaporan awal tahun oleh Pegawai Perhubungan sekolah. Mesyuarat berkenaan dipengerusikan oleh En. Zakaria Muda,Ketua Unit Sekolah Rendah  mewakili Ketua Sektor Pengurusan Sekolah. Sektor Pengurusan Sekolah merupakan urusetia semua pemantauan peringkat JPN.

Pemantauan persediaan akhir dan awal persekolahan merupakan aktiviti utama Pegawai Perhubungan Sekolah. Selain dari itu selaku Pegawai Perhubungan Sekolah  mereka bertanggungjawab membantu sekolah angkat dalam bidang keupayaan masing-masing terutama menjadi penghubung dengan PPD dan JPN. Mesyuarat pagi tadi turut dihadiri wakil semua sektor dan ppd yang menjadi wakil penghubung pemantauan sektor dan ppd masing-masing.

Menurut En. Zakaria Muda, pelaporan pemantauan awal tahun amat penting terutama untuk melihat pencapaian "touch point" KPM mengenai persediaan persekolahan dicapai sepenuhnya.Ianya akan dibentang oleh Pengarah Pendidikan dalam Mesyuarat Pengurusan JPN dan kemungkinan juga di peringkat KPM.

PPD diminta mengisi data sekolah dan dapatan pemantauan sekolah dalam PPD masing-masing sebelum digabung dengan sistem khas di peringkat negeri. Dapatan data itu nanti akan dirumus secara terperinci untuk pelaporan dan pembentangan. Peroses kerja ini juga akan dilaksana juga terhadap data pemantauan sekolah sepanjang tahun dengan Standard Operasinya memenuhi Standard ISO.



No comments:

Post a Comment