Saturday, August 3, 2013

Sembang Sabtu : Masih dalam kepompong dah hendak jadi rama-rama

Kita mungkin pernah mendengar perumpamaan atau bidalan untuk menggambarkan seseorang yang melakukan "tindakan" melebihi daripada had kuasa yang ada dan diperuntukkan untuknya. Ia melambangkan sifat kepelampauannya seperti " belum merangkak sudah berlari ".Ia menampak sifat kezaliman kerana tidak meletak yang hak di tempat yang sepatutnya. Ianya mengajar kita supaya segala tindakan dan perbuatan kita itu biar tersusun dan teratur barangkali sesuai dengan kedudukan, usia dan sebagainya. Tujuannya mudah supaya nampak kemas dan harmonis.

Begitulah juga dalam konteks pengurusan di sekolah. Kita sering menerima aduan tentang gelagat sesetengah GPK di sekolah yang kadang-kadang mengarah, membuat keputusan dan tindakan melebihi Guru Besar. Kadang-kadang langsung tidak hormat Guru Besar selaku Ketua Jabatannya dan Penilai Pertama prestasinya. Bahkan ada sesetengahnya berkomunikasi secara biadap dan memburuk-burukkan Guru Besar di belakang. Kononnya dia lebih baik dari Guru Besarnya.

Situasi ini menyebabkan iklim persekolahan tidak stabil. Guru-guru tertekan. Apalagi setengah kalangan GPK yang berlagak ini mula mengumpul klik dan pasukan sendiri hingga guru menjadi berpuak-puak. Fokus dan tumpuan yang sepatutnya membangun kecemerlangan sekolah telah berubah kepada memperkukuhkan ego puak dan suku-sakat. Apalagi jika sesetengah mereka mempunyai kuasa-kuasa perhubungan tertentu dengan pegawai di Jabatan Pelajaran atau PPD mereka mula menjual nama dan imuniti  bahawa mereka berkuasa. Ugutan "cikgu nak kena tukar ker" menjadi zikir wajib mengugut guru-guru yang tidak memihak kepada klik dan kehendak mereka. Tanpa mereka sedar bahawa mereka sedang menyalahgunakan "kuasa" dan mencatur perkhidmatan mereka sendiri.

Mengapa terjadi demikian rupa? Pada saya berlaku "loose control" kerana Guru Besarnya lemah. Guru Besar yang lemah dan penakut ini kerana mereka tidak pandai menggunakan surat kuasa pelantikannya sebagai Guru Besar untuk mengurus dan mentadbir sekolah secara tegas tapi berhemah. Ramai kalangan Guru Besar hanya sekadar mengambil jalan harmoni dan selamat dengan membiarkan "kaduk naik junjung". Pengalaman menjadi Guru Besar dan berada dalam Majlis Guru Besar Daerah dan Negeri ramai Guru Besar mengadu dan mengeluh tentang berbagai masalah tentang GPK mereka tetapi berapa kerat yang sanggup berdepan dan berani mengatakan itu betul, itu tidak betul kepada GPK mereka. Bahkan segelintir Guru Besar hanya tahu mengecer ketidakpuasan hati kepada GPK kepada guru-guru tertentu sahaja. Ianya tidak akan menyelesaikan masalah.

Setiap GPK yang dilantik perlu tahu bidang tugas dan had kuasa masing-masing. Jika kita kaji dan perhatikan semua tugas GPK sama ada GPK1, GPKHem atau GPK Kokurikulum ialah MEMBANTU Guru Besar. Bila membantu bermakna GPK tidak boleh sewenang-wenangnya membuatdakan atau keputusan tanpa PENGETAHUAN dan KEBENARAN Guru Besar yang berkait tentang hal ehwal persekolahan sama ada dalam bidang kurikulum, hal ehwal murid dan juga kokurikulum, kewangan dan sebagainya. Hatta kerana kita GPK yang hebat , ramai kenal orang dan koperat hendak minta dermapun biarlah dalam makluman dan pengetahuan Guru Besar. Ini jika sesuatu perkara berlaku kemudian GPK ada hujah atau aviden bahawa perkara itu dalam pengetahuan Guru Besar dan tugas Guru Besarlah menyelesaikan masalah kerana merekalah Ketua Jabatan.

Kita yakin jika Guru Besar faham dan melaksanakan tugas mengurus dengan baik dan semua GPK menjalankan tugas untuk membantu Guru Besar mengurus sekolah dengan sempurna sudah pasti semua guru akan merasa seronok dan melaksanakan kerjabuat dengan bersemangat. Soal konflik dan selisih faham memang sentiasa ada tetapi itu bukan halangan jika kita berjaya merendahkan ego dan sombong kita. Saya teringat pesan arwah Dato' Haji Razali Ismail, Mantan Timbalan Menteri Pelajaran yang juga bekas guru saya... katanya " Jika semasa kita di bawah dan kita ada idea yang baik dan bagus tetapi ketua kita agak sukar atau kurang setuju menerimanya maka kita jangan kecewa dan menunjukkan apa jua protes. Bila kita dah jadi bos atau ketua maka kita laksanakan idea itu dengan penuh ikhlas dan penuh kesungguhan"

Pokoknya kita perlu bijak meletak diri , jangan masih dalam kepompong dah hendak jadi rama-rama.

Salam Ramadhan, Salam Aidil Fitri Maaf Zahir Batin dari USR Blogger Team.


5 comments:

  1. setuju

    mmg ade GPK yang dh lama bertugas pada sesuatu sekolah itu

    PPD perlu cakna dan ambil tindakan

    ReplyDelete
  2. setuju.

    punah sekolah klu ada GPK macam ni....
    "lebih sudu dari kuah"

    USR perlu siasat & ambil tindakan.

    ReplyDelete
  3. Ado gb buat klik jugak

    ReplyDelete
  4. Apa hal pulak jika gb yang buat hal terutamanya yang melibatkan kewangan?

    ReplyDelete