KUALA TERENGGANU - Tahniah diucapkan kepada Pengelola , Guru Besar dan GPK yang bertukar ataupun ditawarkan penempatan kerana kenaikan pangkat. Semoga anda semua mampu memberi sumbangan terbaik kepada tempat bertugas yang ditentukan.
Untuk makluman pengurus sekolah seluruh negeri bahawa cadangan pergerakan dan tawaran ini dicadangkan di dua peringkat panel iaitu Panel PPD dan Panel Pertukaran dan Penempatan PGB, GPK dan Pegawai yang dipengerusikan oleh Pengarah Pelajaran Negeri sendiri. Unit Pengurusan Sekolah Rendah adalah urusetia. Sehubungan itu sebarang isu berbangkit, hendaklah dibuat secara bertulis kepada Pengarah Pelahjaran Negeri untuk perhatian Ketua Sektor Pengurusan Sekolah dan sesalinan kepada PPD masing-masing.
Sementara pada 16 Ogos dan 1 September semua pertukaran Guru Besar dan GPK dibekukan kecuali penawaran penempatan bagi mengisi kekosongan akibat persaraan kerana cukup tempoh atau meninggal.
Surat-surat arahan pertukaran dan tawaran penempatan boleh diperolehi di PPD masing-masing mulai hari ini.
Maklumat lanjut:
Tahniah kepada semua.
ReplyDelete