Sunday, August 18, 2013

Hari Bersama Pelanggan dan Sambutan Hari Raya..

KUALA TERENGGANU - Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu telah mengadakan Hari Bersama Pelanggan  JPN Terengganu 2013. Justru ianya masih berada dalam suasana Hari Raya sekaligus diadakan Sambutan Hari Raya. Para pengunjung sangat bertuah bukan sahaja dapat berurusan dengan wakil di kaunter lobi jabatan tetapi juga turut menikmati pelbagai juadah enak Sambutan Hari Raya.

Pengarah Pelajaran Negeri, En. Zakaria Husin dalam ucapannya menyatakan Hari Bersama Pelanggan dan Sambutan Hari Raya merupakan satu penghargaan kepada semua lapisan pelanggan JPN dan juga sebagai mengeratkan lagi hubungan antara JPN dengan agensi dan masyarakat yang menjadi pelanggan utama JPN.

Turut meraikan kehadiran para tetamu dan pelanggan ialah Timbalan Pengarah, Pegawai Kanan JPN, para pegawai dan staf jabatan. Sebagai penghargaan kepada pelanggan setiap sektor telah menyediakan gerai juadah hari raya masing-masing. Turut sama membuka gerai di Dataran Jabatan ialah Majlis PPD Terengganu, Majlis Pengetua dan Majlis Guru Besar Negeri Terengganu.

Para tetamu dan pelanggan jabatan mula hadir berurusan dan meraikan Hari Bersama Pelanggan dan Sambutan Hari Raya ini bermula jam 9.00 pagi. Bukan sahaja Pengetua, Guru Besar, GPK, para guru tetapi pelbagai lapisan masyarakat termasuk mantan Pengarah dan Timbalan Pengarah JPN turut hadir.

Para tetamu bukan sahaja dihidangkan pelbagai jamuan yang enak tetapi juga turut dihiburkan dengan pelbagai persembahan pelajar seperti nasyid, dikir barat, nyanyian solo dan pegawai JPN sendiri. Manakala kanak-kanak yang berumur kurang 12 tahun turut menerima sumbangan  duit raya.

Tahniah kepada semua sektor dan organisasi yang menjayakan hari istimewa dan bersejarah ini. Semoga nilai dan amalan pemuafakatan  serta layanan mesra ini menjadi teras perkhidmatan kita membangunkan pendidikan terbilang anak bangsa khususnya di negeri Terengganu Anjung Ilmu.

Ikan puyu ikan gelama
Thank you dapat bersama






No comments:

Post a Comment