Friday, August 30, 2013

Persediaan UPSR Murid Asli SK Sungai Pergam

KEMAMAN - Sekarang cukup mudah bagi yang faham untuk mengukur dan menentukan kedudukan sekolah secara keseluruhan. Bukan seperti dulu. Dulu kalau peperiksaan bagus umumnya menganggap sekolah itu bagus. Sekarang belum tentu jumlah A muridnya banyak maka bagus sekolah itu. Sekarang sekolah diukur ranking dengan kedudukan "band"nya. Band pula ditentukan oleh 30% berasaskan skor SKPM dan 70% GPS Peperiksaan Awam Sekolah ( UPSR, PMR,SPM).

SKPM mencakupi penilaian semua aspek pengurusan persekolahan seperti kepimpinan, kurikulum, kokurikulum, hem dan kemenjadian murid  secara kendiri yang disertai aviden yang munasabah. Sementara GPS UPSR misalnya pencapaian A,Minum C, Pencapaian D, E akan menyumbang kepada GPS. Justru besarnya peratus sumbangan UPSR kepada penentuan Band maka amat wajar sekolah memberi tumpuan serta fokus begitu rupa sekali termasuk di SK Asli Sungai Pergam, Kemaman biarpun darjah ketidakhadiran murid Asli adalah tinggi.

Semalam dalam Program Persediaan UPSR saya sempat bertemu dengan 8 orang daripada 14 calon UPSR SK Sungai Pergam. Enam orang tidak hadir. Hasil perbincangan dengan pelajar dan guru potensi pelajar untuk meningkat dalam UPSR memang ada.  Sekolah telah menyediakan pelbagai program dan akan melaksanakan beberapa pendekatan menjelang UPSR agar semua murid  dapat mengambil UPSR.

Kita tidak mengharapkan mereka mendapat 5A tetapi kita berharap pencapaian mereka mampu memberi sumbangan melonjakkan GPS sekolah dan seterusnya mempertingkatkan band sekolah dari Band 7 ke band lebih. Kita yakin dengan kepimpinan Guru Besar baru , para guru dan kerjasama ibubapa sesuatu yang lebih baik berupaya dilaksanakan di SK Sungai Pergam.

Tahniah dan terima kasih warga guru dan murid-murid SK Sungai Pergam.


No comments:

Post a Comment