Rasulullah s.a.w., dengan sahabat-sahabatnya Abu Bakar r.a., Umar r.a., Utsman r.a., dan ‘Ali r.a., bertamu ke rumah Ali r.a. Di rumah Ali r.a. istrinya Sayidatina Fathimah r.ha. puteri Rasulullah s.a.w. menghidangkan untuk mereka madu yang diletakkan di dalam sebuah mangkuk yang cantik, dan ketika semangkuk madu itu dihidangkan sehelai rambut terikut di dalam mangkuk itu. Rasulullah s.a.w. kemudian meminta kesemua sahabatnya untuk membuat suatu perbandingan terhadap ketiga benda tersebut (Mangkuk yang cantik, madu, dan sehelai rambut).
Abu Bakar r.a. berkata, “Iman itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, orang yang
beriman itu lebih manis dari madu, dan mempertahankan iman itu lebih susah dari
meniti sehelai rambut”.
Umar r.a. berkata, “Kerajaan itu
lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, seorang raja itu lebih manis dari
madu, dan memerintah dengan adil itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut”.
Utsman r.a. berkata, “Ilmu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, orang
yang menuntut ilmu itu lebih manis dari madu, dan beramal dengan ilmu yang
dimiliki itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut”.
‘Ali r.a. berkata, “Tamu itu lebih
cantik dari mangkuk yang cantik ini, menjamu tamu itu lebih manis dari madu,
dan membuat tamu senang sampai kembali pulang ke rumaHnya adalah lebih sulit
dari meniti sehelai rambut”.
Fatimah r.ha.berkata, “Seorang
wanita itu lebih cantik dari sebuah mangkuk yang cantik, wanita yang berpurdah
itu lebih manis dari madu, dan mendapatkan seorang wanita yang tak pernah
dilihat orang lain kecuali muhrimnya lebih sulit dari meniti sehelai rambut”.
\
Rasulullah s.a.w. berkata, “seorang
yang mendapat taufiq untuk beramal adalah lebih cantik dari mangkuk yang cantik
ini, beramal dengan amal yang baik itu lebih manis dari madu, dan berbuat amal
dengan ikhlas adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut”.
Malaikat Jibril a.s. berkata,
“Menegakkan pilar-pilar agama itu lebih cantik dari sebuah mangkuk yang cantik,
menyerahkan diri; harta; dan waktu untuk usaha agama lebih
manis dari madu, dan mempertahankan usaha agama sampai akhir hayat lebih
sulit dari meniti sehelai rambut”.
Allah s.w.t. berfirman, ” Syurga-Ku
itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik itu, nikmat syurga-Ku itu lebih manis
dari madu, dan jalan menuju syurga-Ku adalah lebih sulit dari meniti sehelai
rambut”.
No comments:
Post a Comment