Friday, August 30, 2013

Ceramah Motivasi SK Jenang


MARANG : Semalam saya telah menerima undangan sahabat Guru Besar SK Jenang, Tuan Haji Husin Mat untuk bertemu pelajar UPSR, Tahun 5 dan 4 serta ibubapa. Biarpun ini bukan kali pertama saya ke SK Jenang menyampaikan ceramah tapi jemputan ini sangat bermakna bagi saya. Pertama saya mahu lihat sendiri kreativiti dan inovasi sahabat saya ini yang pernah bertugas PPD. Ya ! Memang kena kita letak beliau di sini.

Dulu saya berceramah di atas dataran perhimpunan, sekarang dalam dewan yang cantik (ubahsuai bangunan lama). Saya diberitatahu oleh GPK2 bahawa Guru Besar telah mengambil inisiatif mengubahsuai menjadi dewan tersebut. Kedua saya hendak lihat progres sekolah yang kita projek untuk jadi sekolah SKK. Tahniah orang kata jalan ke arah itu semakin terang. Ketiga yang buat saya teruja untuk ke SK Jenang ialah sambutan dan kerjasama ibubapa terhadap program pendidikan sekolah sangat tinggi. Biarpun SK Jenang satu-satunya SKM di Marang tapi ia adalah permata yang berkilauan.

Sewaktu rekod ranking penarafan sekolah berasaskan "Band" diperkenalkan KPM, setakat ini hanya SK Jenang sahaja yang pernah mencapai tahap sekolah Band 1 bagi daerah Marang. Belum pernah ada sekolah lain dalam daerah Marang yang mencapai taraf  Band 1 hingga hari ini kecuali SK Jenang.

Ini bermakna kombinasi pencapaian SKPM (30%) dan GPS UPSR (70%) berada pada tahap yang sangat cemerlang. Lihat pemarkahan penentuan Band berasaskan kombinasi dua elemen tersebut seperti di bawah:

Band 1 - 100 hingga 85 %
Band 2 - 84.99 hingga 75 %
Band 3 - 74.99 hingga 65 %
Band 4 - 64.99 hingga 60 %
Band 5 - 59.99 hingga 50 %
Band 6 - 49.99 hingga 40 %
Band 7 - kurang dari 40 %

Berasaskan realiti yang ada dengan pengurusan yang inovatif dan perihatin, komintmen guru-guru dan ibubapa yang tinggi serta murid-murid yang cintakan ilmu kita yakin SK Jenang mampu muncul sebagai SKK pertama daerah Marang yang hingga sekarang belum ada sebuahpun SKK dan SBT di daerah ini.Kata orang hendak seribu daya, mahu seribu cara dapat dilakukan. Sekarang di Terengganu sudah ada dua SKM diberi taraf SKK dan SKM ketiga yang bakal mendapat SKK kemungkinan besar SK Jenang bukan sesuatu yang mustahil.

Tahniah kepada Guru Besar, Guru, Ibubapa dan murid-murid SK Jenang. Murid yang hebat, sekolah yang hebat  adalah bermula dengan guru dan murid yang biasa - biasa tapi kerana mereka berfikir secara luar biasa,  berusaha secara luar biasa  serta iltizam luar biasa maka jadilah mereka manusia hebat dan luar biasa.


No comments:

Post a Comment