HULU TERENGGANU - Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan telah mengadakan siri pemantauan kewangan dan pencapaian kpi kepada sekolah SBT Terenggganu. Pegawai bahagian berkenaan yang terdiri daripada Dr. Citra dan En. Mazlan dengan diiringi oleh En.Mat Lazim Noor Pegawai Meja Sekolah Kecemerlangan Negeri telah mengadakan pemantauan di Imtiaz Besut, SK Tengku Mahmud, Besut dan SK Tengku Ampuan Intan, Kuala Berang, Hulu Terengganu mulai 20 hingga 22 Ogos 2013.
Tujuan utama pemantauan kewangan dan kpi inilah untuk melihat prestasi perbelanjaan dan pencapaian kpi yang ditetapkan oleh BPSBPSK kepada semua sekolah SBT. Menurut Dr Citra, pencapaian KPI SBT ini akan menjadi asas penilaian penting dalam penilaian Augerah Tawaran Baru oleh Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti. KPI SBT menetapkan pencapaian Akademik sebanyak 50%, Kokurikulum 30%, Jaringan dan jalinan 10% dan Etos 10%. Jika KPI mencapai target 50% verifikasi untuk Anugerah Tawaran Baru akan dibuat jika tidak capai kemungkinan JNJK tidak akan membuat penilaian.
Pada masa depan kemungkinan Bimbingan dan Penandaarasan akan dimasukkan sebagai KPI baru. KPI Akademik 50% mengandungi komponen 30% (prestasi dan pencapaian GPS dan Pencapaian streight A dan 5A) dan 20% (Pencapaian Linus). Garis panduan pengiraan KPI telah dibekalkan kepada semua sekolah SBT. Ini bermakna semua sekolah SBT boleh merancang dan melaksanakan program dengan peruntukan yang diberi bagi mencapai KPI mereka khususnya dalam bidang Akademik , Kokurikulum, J&J dan Etos.
Dr Citra juga menyatakan sepatutnya sekarang semua SBT membelanjakan sekurang-kurang 60% peruntukan khas SBT dan menghabiskan semua peruntukan dalam masa empat bulan lagi. Namun ada sekolah-sekolah yang dipantau tidak mencapai tahap prestasi perbelanjaan sedemikian. Ini tentunya merugikan para pelajar dan berharap Jawatankuasa Kewangan Sekolah dan Pengetua serta Guru Besar dapat memainkan peranan mereka.
Selain dari itu ada SBT yang dipantau kurang kemas dari segi pengurusan data dan dokumen kewangan dan ada pula sangat baik . Dr Citra menyarankan agar pengurusan kewangan SK Tengku Mahmud, Besut boleh dijadikan benchmarking untuk mana-mana SBT mempelajari tatacara pengurusan peruntukan khas SBT. Dua perkara dalam pengurusan kewangan yang perlu diberi pehatian oleh SBT ialah tatacara dan prestasinya agar ialah mematuhi prosidur dan memberi impak maksima kepada murid dan sekolah. Jika mendapat audit berteguran ianya adalah sesuatu yang malang dan tidak sewajarnya berlaku bagi SBT.
Sekolah-sekolah SBT yang termasuk dalam pemantauan kali ini sangat bertuah kerana mendapat bimbingan dan panduan terus daripada Dr Citra dan En. Mazlan. Kita berharap bukan sahaja mereka dapat memantapkan pengurusan kewangan dan kpi sbt tetapi juga dapat membantu rakan-rakan lain khususnya sbt dalam daerah dan negeri. Kita juga berharap Unit Kewangan PPD dan JPN juga dapat membuat pemantauan dan bimbangan kepada sekolah SBT agar pengurusan mereka terus mantap.
Sesungguhnya usaha mengapai taraf SBT bukannya mudah namun mampu dilakukan oleh sekolah-sekolah biasa yang hari ini menjadi sekolah luarbiasa (SBT). Bahkan mempertahankan pencapaian terbilang dalam semua aspek sbt agar terus "sustain" lebih mencabar dan kita yakin pengurus sekolah dan guru-guru di SBT kita mampu melakukannya. Insyaallah...
No comments:
Post a Comment