Seramai empat ratus lima puluh orang Guru Besar seluruh negara hadir mengikuti konvesyen yang bermula 27 hingga 30 Jun 2011. Turut hadir dalam majlis perasmian itu ialah Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian,Pengarah Pelajaran Pahang,Pengarah-Pengarah Pelajaran Negeri dan wakilnya serta pegawai-pegawai dari Kementerian Pelajaran Malaysia.
Menurut Dato' Abdul Ghafar lagi,cabaran besar kepimpinan sekolah yakni para Guru Besar selaku 'front liner" bagi melahirkan potensi insan cemerlang bagi mendepani wawasan menjadi sebuah negara maju kerana dalam kajian dibuat oleh McKinrsy ,pendidikan kita masih tertinggal berbanding dengan negara jiran dan negara maju di dunia seperti Finland. Menurut beliau pada tahun 1970 hanya 30 peratus penduduk dewasa negara itu yang tamat pendidikan asas. Namun kesedaran terhadap pendidikan kemudiannya telah melonjakkan ranking Finland menjadi sebuah negera maju yang hebat.
Kemajuan Finland tegas beliau, kerana filosofi mereka dengan menyakini "bahawa setiap murid mampu dikembangkan potensinya" selain kualiti Guru Besar dan guru yang sangat tinggi. Di mana masyarakat Finland berebut untuk menjadi guru yang sangat berkualiti dan memberi sepenuh komitmen dalam kelas mereka.
Sehubungan dengan itu Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia berharap akan berlakunya "Pendemokrasian Kecemerlangan" dalam pendidikan kita di mana setiap murid yang kita ajar menjadi insan yang cemerlang.Justru itu Guru Besar mesti berupaya menjadi agen perubahan,melaksanakan inovasi dan transformasi dengan peluang dan kekuatan yang ada. Mereka mesti mempunyai visi dan misi yang jelas,terancang dan tersusun bagi mengapai keterbilangan pendidikan. Menurut beliau tema "Guru Besar Penjana Tranformasi Pendidikan Negara" amat bertepatan sekali.
Sebelum itu Yang DiPertua Gabungan Majlis Guru Besar Malaysia, Tuan Haji Ruslan Madon dalam ucapannya menyeru rakan-rakan Guru Besar meneruskan perjuangan bagi memastikan modal insan terbilang untuk pembangunan negara dapat dilahirkan. GMGBM sentiasa menyokong usaha KPPM dan kerajaan untuk memartabatkan pendidikan negara.
Menurut beliau lagi,walaupun banyak usaha yang dilakukan oleh Guru Besar dan guru sekolah rendah untuk mengangkat keterbilangan pendidikan rendah namun dalam pelbagai perkara golongan PPLD selalu dipinggirkan. Contohnya peluang-peluang naik pangkat tidak lagi berorientasikan kepada kekananan dan pengalaman. Guru Besar SKM gred DGA32 yang sama taraf dengan GPK dua ribu orang seluruh negara seolah dilupakan walaupun Pengetua Sekolah beroleh lonjakan hingga ke Jusa C. Beliau berharap pihak kementerian tidak melakukan pilihkasih dan mahu agar suara GMGBM juga didengari sepertimana kementerian boleh mendengar suara Majlis Pengetua Malaysia (MPM) serta menyalurkan peruntukan sewajarnya.
Beliau seterusnya melalui GMGBM memohon agar perjuangan GMGBM mengenai perkara berikut diberi pertimbangan sewajarnya;
- Gred Guru Besar SKM dari DGA32 ke DGA34
- Guru Besar Kanan gred DGA40
- Guru Besar Cemerlang DGA38 (KUP) dihakiki
- Pertambahan matagaji DGA34
- Mengkaji semula elaun guru besar
Gambar-gambar sekitar Majlis Perasmian