Thursday, June 2, 2011

41 % Pelanggan menaruh kepercayaan tinggi kepada Pegawai JPN / PPD


Hasil kajian yang bermula 2 Mac 2011 mengenai tahap kerahsiaan dan kepercayaan guru kepada pegawai JPN/PPD untuk mereka mengemukakan apa jua masalah menunjukkan 80% mereka bersedia berkongsi masalah dengan para pegawai ini. Ini adalah petanda yang sangat baik khususnya kepada para pegawai JPN/PPD bahawa cara perundingan bagi menyelesaikan sebarang isu menjadi pilihan utama terutama kalangan keluarga/kerabat pendidikan itu sendiri. Kesediaan ini barangkali menuntut persediaan dan persiapan mental,emosi,spritual serta kemahiran yang tinggi kepada pegawai agar mereka boleh menjadi "peti besi" yang boleh menyimpan apa jua rahsia pelanggan tanpa prajudis untuk sebarang kemungkinan "kebocoran"




Mungkin berdasar pengalaman benar responder atau cerita rakan-rakan dapatan dari kajian massa ini
menunjukkan tahap kepercayaan sangat tinggi responder kepada pegawai JPN/PPD bahawa aduan/masalah mereka dapat dirahsiakan pegawai hanya 8%. Tahap tinggi 35%. Tahap sederhana 26% dan Tahap rendah 31%. Sewajarnya tahap kepercayaan sangat tinggi mencapai 80% ke atas kerana pegawai JPN/PPD adalah pemudahcara dan kaunselor membantu rakan-rakan di sekolah.

Kita berharap melalui kajian simple ini boleh menjadi petunjuk kepada semua pegawai di JPN/PPD di seluruh negara bahawa mereka perlu melakukan transformasi terhadap komunikasi,kemahiran dan ketrampilan diri agar mereka bukan dilihat sebagai penunjukkuasa
tetapi sebagai pemudahcara....

Jangan lupa untuk membuat undian baru tentang "beban tugas guru"...mudah just klik soalan manu undian sebelah kiri paling bawah...


No comments:

Post a Comment