Wednesday, June 29, 2011

Perasmian Konvensyen Pendidikan Guru Besar Malaysia Ke 17

" Guru sebenarnya berada di alam malakut tinggi,harumnya umpama kasturi mengharumkan orang lain dan dirinya sendiri ",demikianlah sebahagian petikan Al-Ghazali mengenai sifat guru yang diungkapkan oleh Yang Berbahagia, Dato' Abdul Ghafar Mahmud,Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia sewaktu menyampaikan ucapan Perasmian Konvensyen Pendidikan Guru Besar Malaysia ke 17, di Hotel MS Garden,Kuantan sebentar tadi.

Seramai empat ratus lima puluh orang Guru Besar seluruh negara hadir mengikuti konvesyen yang bermula 27 hingga 30 Jun 2011. Turut hadir dalam majlis perasmian itu ialah Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian,Pengarah Pelajaran Pahang,Pengarah-Pengarah Pelajaran Negeri dan wakilnya serta pegawai-pegawai dari Kementerian Pelajaran Malaysia.

Menurut Dato' Abdul Ghafar lagi,cabaran besar kepimpinan sekolah yakni para Guru Besar selaku 'front liner" bagi melahirkan potensi insan cemerlang bagi mendepani wawasan menjadi sebuah negara maju kerana dalam kajian dibuat oleh McKinrsy ,pendidikan kita masih tertinggal berbanding dengan negara jiran dan negara maju di dunia seperti Finland. Menurut beliau pada tahun 1970 hanya 30 peratus penduduk  dewasa negara itu yang tamat pendidikan asas. Namun kesedaran terhadap pendidikan kemudiannya telah melonjakkan ranking Finland menjadi sebuah negera maju yang hebat.

Kemajuan Finland tegas beliau, kerana filosofi mereka dengan menyakini "bahawa setiap murid mampu dikembangkan potensinya" selain kualiti Guru Besar dan guru yang sangat tinggi. Di mana masyarakat Finland berebut untuk menjadi guru yang sangat berkualiti dan memberi sepenuh komitmen dalam kelas mereka.

Sehubungan dengan itu Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia berharap akan berlakunya "Pendemokrasian Kecemerlangan" dalam pendidikan kita di mana setiap murid yang kita ajar menjadi insan yang cemerlang.Justru itu Guru Besar mesti berupaya menjadi agen perubahan,melaksanakan inovasi  dan transformasi dengan peluang dan kekuatan yang ada. Mereka mesti mempunyai visi dan misi yang jelas,terancang dan tersusun bagi mengapai keterbilangan pendidikan. Menurut beliau tema "Guru Besar Penjana Tranformasi Pendidikan Negara" amat bertepatan sekali.

Sebelum itu Yang DiPertua Gabungan Majlis Guru Besar Malaysia, Tuan Haji Ruslan Madon dalam ucapannya menyeru rakan-rakan Guru Besar meneruskan perjuangan bagi memastikan  modal insan terbilang untuk pembangunan negara dapat dilahirkan. GMGBM sentiasa menyokong usaha KPPM dan kerajaan untuk memartabatkan pendidikan negara.

Menurut beliau lagi,walaupun banyak usaha yang dilakukan oleh Guru Besar dan guru sekolah rendah untuk mengangkat keterbilangan pendidikan rendah namun dalam pelbagai perkara golongan PPLD selalu dipinggirkan. Contohnya peluang-peluang naik pangkat tidak lagi berorientasikan kepada kekananan dan pengalaman. Guru Besar SKM gred DGA32 yang sama taraf dengan GPK  dua ribu orang seluruh negara seolah dilupakan walaupun Pengetua Sekolah beroleh lonjakan hingga ke Jusa C. Beliau berharap pihak kementerian tidak melakukan pilihkasih dan mahu agar suara GMGBM juga didengari sepertimana kementerian boleh mendengar suara Majlis Pengetua Malaysia (MPM) serta menyalurkan peruntukan sewajarnya.

Beliau seterusnya melalui GMGBM memohon agar perjuangan GMGBM mengenai perkara berikut diberi pertimbangan sewajarnya;
  • Gred Guru Besar SKM dari DGA32 ke DGA34
  • Guru Besar Kanan gred DGA40
  • Guru Besar Cemerlang DGA38 (KUP) dihakiki
  • Pertambahan matagaji DGA34
  • Mengkaji semula elaun guru besar
Yang Berbahgia, Dato' Abdul Ghafar Mahmud  dalam ucapan balas semasa perasmian meminta semua guru bersabar kerana perincian daripada pegumuman Hari Guru di Serawak oleh YAB Perdana Menteri sedang dikaji oleh kerajaan dengan sebaik mungkin sebelum dilaksanakan secara rasmi.


Gambar-gambar sekitar Majlis Perasmian


2 comments:

  1. Berdasarkan saranan2 yg dinyatakan, nampak gayanya suatu yg mustahil utk menaikkan taraf hakiki gb sekolah rendah ke peringkat ijazah. Soalan ini telah menjadi pertanyaan golongan guru sendiri....mengapa susah sangat untuk diubah peraturan tersebut, sedangkan KPM katanya hendak meningkatkan mutu pendidikan ke taraf dunia.....

    Harap admin dpt memberi komen sikit.

    ReplyDelete
  2. Tidak mustahil kerana semakin ramai GB yang sambung belajar dan keluaran baru guru DGA29 atau PPLD sudah tiada so apabila semua orang (GB dan GPK atau guru) dah ada ijazah maka skim non-siswazah tidak relevan lagi untuk diujudkan kerana tiada siapa calon yang layak mengisinya maka pada pandangan saya waktu itu skim perjawatan dan perkhidmatan SR akan sama spt SM.Sekarang mereka yang berada di gred DGA34 atau DGA38 kebanyakan menghampiri umur persaraan sementara yang baru dilantik mengikuti program pengsiswazahan GB.

    ReplyDelete