" Kita bersyukur dari setahun ke setahun pengurusan kewangan semakin baik. Pada tahun 2008 berpuluh sekolah mendapat audit berteguran dan terkini hanya dua sekolah sahaja yang mendapat audit berteguran. Sepatutnya yang perlu ada dalam pemikiran pengurus sekolah bukan lagi soal audit berteguran atau tidak berteguran tetapi berfikir ke arah pengurusan kewangan terbaik bagi memperolehi audit cemerlang", kata Puan Siti Faezah Abdul Latip,Akauntan Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu dalam ceramahnya berkaitan Kecemerlangan Pengurusan Kewangan Sekolah kepada Guru Besar di Taklimat Profesional Guru Besar Terengganu 2011.
Menurut beliau lagi pengurusan kewangan adalah salah satu komponen pengurusan yang sangat penting kerana ianya bukan sahaja perlu diurus dengan betul supaya tidak dikenakan surcaj tetapi juga ianya melibatkan soal kenaikan pangkat. Justru itu bagi memastikan pengurusan kewangan sekolah berada tahap terbaik maka Guru Besar perlukan kemahiran,cekap dan akauntebaliti di samping pemantauan berterusan dari pihak jabatan.
Kandungan lengkap ceramah boleh download
di sini
No comments:
Post a Comment