Tuesday, June 14, 2011

Mesyuarat Pengemaskinian Data Penempatan Semula Guru Pemulihan Khas

KOTA BHARU - Selain dari Taklimat Profesional Guru Besar Terengganu pada 13 - 15 Jun 2011 di Perdana Resor,Kota Bharu pada tarikh dan tempat yang sama juga diadakan Mesyuarat Pengemaskinian Data Penempatan Semula Guru Pemulihan Khas negeri Terengganu.

Mesyuarat ini antara lain bertujuan memastikan semua sekolah mengisi perjawatan Guru Pemulihan Khas berdasarkan kelulusan ABM Perjawatan 2011. Selain dari itu juga ialah untuk "tagging" guru berkenaan dengan jelas serta spesifik setelah berlaku pergerakan akibat pertukaran dan pelantikan baru setelah terdapat segelintir sekolah guru pemulihan khas mereka dilantik sebagai guru pemulihan Linus.

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh En.Jelani Sulong,Ketua Unit Sekolah Rendah turut dihadiri oleh Pegawai Emis Sektor ICT,Pegawai dari Sektor Khas dan Swasta serta semua Penyelia Kanan dari PPD.


No comments:

Post a Comment