Tuesday, June 21, 2011

Mesyuarat Pengurusan Data,Pertukaran dan Redeploment Guru Sekolah Rendah


Timbalan Ketua Pengarah, Kementerian Pelajaran Malaysia telah memaklumkan bahawa Data EMiS akan dijadikan sumber maklumat data yang rasmi di peringkat KPM. Data lain selain daripada data EMiS bukanlah data rasmi di peringkat Pengurusan Tertinggi KPM. Mengambil kira kehendak pengurusan tertinggi KPM masa kini, Unit Pengurusan Sekolah Rendah JPNT telah mengambil langkah awal ke arah merealisasikan hasrat ini. Hal ini bermula dengan verifikasi data Guru Pemulihan Khas yang dibengkelkan dalam bermesyuarat di Perdana Resort minggu lepas. Kali ini semua Penyelia Kanan Pengurusan Sekolah PPD bermesyuarat lagi  di De Rhu Beach Resort, Kuantan, bermula 20 hingga 22 Jun 2011.

Bagi menjayakan ketepatan taging semua guru di sekolah rendah ini, Unit Pengurusan Sekolah Rendah mendapat kerjasama penuh daripada Sektor Pengurusan Maklumat dan ICT JPNT. En. Mohd Halim b Ismail, Penolong Pengarah Pengurusan Maklumat terlibat dalam menyusun ketepatan data guru kali ini. Turut terlibat ialah Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas dan Unit Pendidikan Awal Kanak-Kanak dan Prasekolah. Gred dan opsyen guru menjadi fokus utama dalam mesyuarat kali ini. Objektif utama mesyuarat ialah ingin memastikan data guru (Data DOSR) yang diguna oleh Unit Pengurusan Sekolah tidak berbeza dengan data EMiS yang dikawal selia oleh Sektor Pengurusan Maklumat dan ICT.  

Penyelia Kanan PPD juga diingatkan supaya sentiasa menepati tempoh masa yang telah dipersetujui dalam mencadangkan penempatan dan pertukaran seseorang guru Penolong Kanan dan Guru Besar. Adalah diingatkan bahawa tidak semestinya cadangan yang dikemukakan oleh PPD akan diterima oleh panel di JPNT. Paling penting ialah tarikh kuat kuasa pertukaran guru-guru berjawatan hakiki ini tidak boleh ditangguhkan walau apa alasan sekali pun. Oleh itu, PPD diminta meneliti dan berhati-hati dalam mencadangkan pertukaran guru-guru ini. 

Turut dibincangkan dalam mesyuarat kali ini ialah proses redeployment guru sama ada dalam daerah atau antara daerah. Kutipan data rekod redeployment guru  kali ke-2 bagi tahun 2011 perlu dihantar ke JPN pada atau sebelum 3 Julai 2011. 

0 ulasan:

Post a Comment