Tuesday, June 7, 2011

Bahasa SMS rosakan pembelajaran murid

KUALA LUMPUR - Fenomena pelajar sekolah menulis karangan menggunakan bahasa singkatan SMS dan bahasa sembang siber atau chatting, semakin serius selepas kemunculan pelbagai laman interaktif serta laman sosial di internet seperti Facebook dan Twitter.

Kebiasaan menggunakan bahasa singkatan itu menyebabkan pelajar terbawa-bawa ketika menulis karangan subjek Bahasa Melayu dalam peperiksaan, sekali gus menjejaskan mutu karangan dan mempengaruhi jumlah markah.

Antara bahasa singkatan yang digunakan ialah Askm bagi menggantikan Assalamualaikum, tidak (X); yang (yg); bila (bla); masa (mse); saya (sy); telefon (tpon/fon); dengan (ngan/dgn); terima (tima) dan sebab (coz).

Perkara itu diakui guru sekolah yang mendakwa ia semakin kronik disebabkan kebanyakan pelajar terlalu asyik melayari laman sosial sama ada menerusi komputer atau telefon bimbit untuk berinteraksi 


Sumber : mejabulatku

1 ulasan:

Cheng SK said...

Masalah yg sama dgn bahasa Inggeris.
Tapi,sebagai guru, kita masih boleh membimbing pelajar dgn membezakan bahasa IT & bahasa formal (yg diperlukan dlm penulisan).

Post a Comment