Monday, June 20, 2011

Ukur Hebat Anda Sebagai Seorang Guru

Guru (digambarkan oleh huruf G) yang dihasratkan oleh Malaysia mempunyai kompetensi yang tinggi dalam aspek amalan nilai profesionalisme keguruan (Standard 1), pengetahuan dan kefahaman (Standard 2) serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran (Standard 3). Ketiga-tiga standard tersebut digambarkan oleh tiga lingkaran kecil yang bertindan; membawa maksud ketiga-tiga aspek kompetensi yang dikuasai oleh guru adalah saling berkait dan bersepadu. 

Lingkaran besar putih yang melingkari Standard menggambarkan Keperluan utama yang patut disediakan oleh agensi dan institusi latihan perguruan bagi menyokong dan membantu guru mencapai Standard. Keperluan yang dimaksudkan ialah kelayakan masuk dan prosedur pengambilan calon program latihan perguruan (Keperluan 1), latihan, pentaksiran dan penilaian program perguruan (Keperluan 2), kolaborasi (Keperluan 3), infrastruktur dan infostruktur (Keperluan 4), dan jaminan kualiti (Keperluan 5). 

Lingkaran besar yang memagari Keperluan menggambarkan asas penentuan Standard dan Keperluan iaitu Misi Nasional, Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Falsafah Pendidikan Guru, Tatasusila Profesion Keguruan, dan Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia,

Glob di tengah-tengah lingkaran Standard merujuk kepada kualiti guru bertaraf dunia yang dipertanggungjawab membangunkan modal insan berminda kelas pertama, iaitu menguasai ilmu dan kemahiran tinggi, menjunjung nilai budaya bangsa, memiliki semangat patriotisme yang utuh, mempunyai daya saing yang tinggi dan berwibawa.

Setiap orang guru boleh mengukur standard masing-masing melalui aplikasi on-line Standard Guru Malaysia. Sila daftar dan jawab soalan disediakan DI SINI  atau DI SINI

0 ulasan:

Post a Comment