Thursday, June 9, 2011

Hari Integriti JPN Terengganu

KUALA TERENGGANU - Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu dengan kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Terengganu telah mengadakan Hari Integriti Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu pada Khamis,9 Jun 2011. Antara kegiatan utama Hari Integriti Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu ialah pameran Integriti dari SPRM Terengganu di lobi Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu.

Selain itu dua siri Taklimat Integriti telah diadakan oleh SPRM Terengganu. Sesi taklimat pertama kepada semua pegawai kanan JPN Terengganu telah diadakan di sebelah pagi oleh En.Md.Yusoff bin Mat Zin,Pengarah SPRM Terengganu. Sementara taklimat kedua kepada pegawai JPN Terengganu telah diadakan pada sebelah petang oleh En. Zakaria bin Mohamad ,Penguasa SPRM Terengganu.

Pengarah SPRM Terengganu

Pengarah SPRM Terengganu dalam taklimatnya beberapa kali menegaskan bahawa "Rasuah merupakan jenayah". "Strategi memerangi rasuah menjadi keutamaan kerajaan dan diletakkan keutamaan kedua dalam NKRA," tambah beliau lagi. Beliau seterusnya merangkan baawa kesalahan rasuah meliputi meminta dan menerima,menerima atau memberi,membuat tuntutan palsu dan juga menyalahguna jawatan dan kedudukan.

Beliau juga menjelaskan antara punca utama rasuah adalah sebagaimana berikut:
  • kelemahan peribadi 
  • kelemaahan kepimpinan dan pengurusan organisasi
  • sosial budaya
  • pengaruh modenisasi
  • politik
  • wujunya ruang dan peluang
  • tamak atau dengki
Mengikut Pengarah SPRM Terengganu lagi  kesedaran melalui kekuatan  iman dengan sentiasa mengingati Allah adalah senjata paling ampuh menangani gejala rasuah.

Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu

Terdahulu,En.Hashim bin Mohd Zin,Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu dalam ucapan aluannya melahirkan rasa bersyukur kerana dapat mengadakan Hari Integriti JPN Terengganu kerana ianya boleh menjadi wahana bagi memberi kefahaman dan kesedaran kepada semua peringkat pegawai di jabatan ini. Beliau berharap melalui program ini dapat melahirkan pegawai yang lebih berintegriti yakni pegawai yang ikhlas,jujur dan amanah dalam melaksanakan tugas sebagai pegawai awam

Beliau juga berharap melalui usaha-usaha strategik seperti ini gejala salahlaku rasuah dan amalan yang tidak berintegriti dapat dihapuskan sama sekali di kalangan warga JPN Terengganu kerana amalan dan nilai sedemikian membawa kepada "kemudaratan" kepada jasmani dan rohani.
Penguasa SPRM Terengganu


Sementara itu pada sesi sebelah petang En. Zakaria bin Mohamad,Penguasa SPRM Terengganu dalam taklimat dan ceramahnya yang bersemangat banyak menyentuh mengenai akta dan undang-undang berkaitan rasuah sesuai dengan peranan beliau dalam bidang pendakwaan.Beliau juga memperincikan konsep "suapan" yang menjadi kekeliruan banyak pihak. Respone peserta sangat menggalakkan dan ini menjadi petunjuk kepada semua pihak tertentu bahawa pentingnya semua kakitangan awam sama ada yang baru dilantik atau yang sudah lama berkhidmat diberi pendedahan dan kefahaman mendalam tentang salahlaku rasuah

Sesungguhnya nafsu dan keinginan manusia tiada had dan batasnya berbanding keupayaan manusia mencari sumber bagi memenuhi keinginan-keinginan tersebut sangatlah terhad dan terbatas. Keupayaan individu mendidik keinginan (nafsu) agar selari dengan keupayaan (kemampuan) seperti mengukur baju di badan sendiri mungkin barangkali berupaya menjadi formula efektif membendung gejala rasuah yang seusia dengan kemenjadian manusia itu sendiri.




0 ulasan:

Post a Comment