Sunday, October 31, 2010

Mesyuarat Dan Pengemaskinian Permohonan Pengisian Jawatan Gred DGA32(KUP) Time Base ke DGA32 Hakiki Serta DG44(KUP) Time Base ke DG44 Hakiki

Pada 30,31 dan 1 November 2010 Unit Pengurusan Sekolah Rendah telah mengadakan mesyuarat berkaitan di Seri Malaysia,Kuantan,Pahang.Mesyuarat ini adalah bertujuan untuk memproses permohonan dan membuat penilaian calon DGA32(KUP) Time Base dan DG44 (KUP) Time Base yang berkelayakan dan bersesuaian untuk proses temuduga bagi melayakkan mereka ditawarkan jawatan hakiki sama ada GPK,Ketua Bidang atau jawatan di PPD dan JPN bagi tahun 2011.

Mesyuarat ini dihadiri oleh Timbalan Ketua Sektor Sekolah,Ketua Unit Naik Pangkat,Ketua Unit Rendah,Timbalan-Timbalan PPD,Pegawai Unit Rendah dan Menengah serta Penyelia Kanan Pengurusan Sekolah di PPD.

Penilaian terhadap setiap calon berasaskan prestasi,pengalaman dan kemahiran dan juga temuduga. Majoriti jumlah permohonan DGA32 dan DGA44 sangat menggalakkan. Namun jumlah jawatan yang boleh diisi agak terhad. Oleh yang demikian panel terpaksa membuat pemilihan yang sangat teliti agar hanya mereka yang
terbaik sahaja ditawar dan dipilih bagi mengisi jawatan.Mereka yang terpilih akan ditawarkan jawatan berdasarkan kekosongan jawatan dalam daerah mereka sahaja kecuali kes-kes tertentu.

Proses temuduga bagi Gred DGA(KUP) Time Base dijangka dilaksanakan 21 hingga 25 November 2010 dan bagi DG44(KUP) awal Januari 2011.


Friday, October 29, 2010

Renungan Jumaat - Cara Menghidupkan Hati Yang Mati


Sebahagian Daripada Tanda Matinya Hati Ialah Apabila Tidak Berasa Sedih Jika Terlepas Sesuatu Amal Kebaikan Daripadanya Dan Tidak Menyesal Jika Terjadi Perbuatan Yang Tidak Baik Olehnya.

"KATAKAN kepada kami bagaimana cara taqarrub atau mendekati Allah Swt, Tuan," pinta seorang murid sebelum Abu Qubaisy sempat menyampaikan kata pengantar pembuka majlis taklimnya pagi itu.

"Mengabdilah kepada Allah Swt dengan penuh kesedaran bahawa Dia menciptakan jin dan manusia hanya untuk mengabdi. Dan hadapkanlah wajah hanya kepada-Nya saja. Jangan ada tempat menghadap yang lain selain Dia," jawab sang mahaguru yang luas ilmu dan pengetahuannya tersebut.

"Bersediakah Tuan jelaskan itu dengan bahasa yang lebih mudah difahami?" tanya dan sekali gus pinta murid lain yang tampak kecewa.

"Barangkali ada baiknya kukutipkan untuk kalian apa yang pernah diucapkan sufi dan ulama besar Syekh Abd al-Qadir Jailani. Kata beliau, 'Pada pandanganku dunia ini ibarat fatamorgana, datang dan pergi, bersifat sementara, menipu, dan palsu. Kerana itu aku tidak pernah percaya kepadanya, dan sama sekali tidak terpikat olehnya. Kerana dia datang dan pergi begitu saja. Akan halnya akhirat, di situ aku hanya sebentar saja. Bila aku telaah dan perhatikan keadaannya, kutemukan ada juga kekurangannya. Ia diciptakan untuk makhluk yang ciri-cirinya mirip dunia ini. Di dalamnya aku melihat Allah telah menyediakan tempat untuk memuaskan segala keinginan dalam diri, yakni nafsu dan segala yang menyenangkan mata belaka. Kemudian aku bertanya kepada diriku sendiri, "Apa yang diinginkan hati ini?" Aku pun memalingkan wajah ku kepada "Tuan" yang memiliki semua makhluk, yakni Mawla. Pentadbir, yakni Bari'. Pencipta, yakni Khalik. Dan Pencipta, yakni Muhdits. Apakah ada yang lain selain "Tuan" ini?"

Menurutku, dari ucapan yang pernah dikatakan Abd al-Qadir Jailani itu, bilamana orang dengan sepenuh kesedaran mengabdikan diri hanya kepada Allah, dengan keyakinan karena tak ada tempat lain untuk mengabdi, maka Dia dengan sifat-Nya yang Pemurah akan memberikan ganjaran utama. Iaitu akan menggantikan kejahilan atau kedunguan, dengan ilmu. Menggantikan rasa jauh menjadi rasa dekat. Menggantikan kegelapan dengan cahaya yang benderang, dan seterusnya," jelas Abu Qubaisy dengan panjang lebar


Wednesday, October 27, 2010

Penempatan guru agama disusun semula

KUALA TERENGGANU 26 Okt. - Penempatan warga pendidik di sekolah-sekolah agama seluruh negeri ini akan disusun semula bagi memastikan tidak wujud kalangan mereka yang disifatkan sebagai 'kayu mati'.
Timbalan Pengarah, Jabatan Pelajaran Negeri (JPN), Razali Daud berkata, ia bagi memberikan suasana baru yang lebih menyegarkan terutama bagi mereka yang berada begitu lama di sesebuah sekolah.

Katanya, selain itu, membolehkan semua guru berperanan lebih berkesan ke arah kemajuan sekolah dan kecemerlangan pelajaran dalam persekitaran baru.

"Penyusunan yang melibatkan banyak pertukaran guru-guru ini bagi memberi suasana baru kepada mereka agar lebih banyak sumbangan dan idea baru dapat digarapkan di sekolah baru," katanya.

Beliau tidak menolak kemungkinan tindakan itu bakal menimbulkan rasa tidak senang guru-guru terbabit kerana kesan positif daripada tindakan itu tidak dapat dilihat dalam masa yang singkat.

Beliau berucap pada Majlis Anugerah Kecemerlangan Sekolah Menengah Agama Terengganu di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tok Jiring, dekat sini, semalam.

Razali berkata, mulai tahun depan, pihak JPN akan mengubah strategi pemantauan guru-guru dengan turut melihat kepada kerja-kerja yang dilakukan oleh murid mereka.

"Kaedah ini tidak menumpukan kepada kegiatan guru serta prestasi murid semata-mata, malah, ia menjurus kepada kerja-kerja yang diberikan oleh guru kepada murid di bilik darjah dan di luar bilik darjah," jelasnya.
Di samping itu katanya, JPN akan mempergiatkan usaha bagi memastikan kanak-kanak dalam kategori golongan orang kurang upaya (OKU) di negeri ini tidak tercicir daripada mendapat pendidikan di sekolah pendidikan khas di seluruh negeri.

''JPN akan turun ke akar umbi melalui kerjasama dengan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) bagi mengenal pasti keluarga yang mempunyai anak-anak OKU.

"Langkah yang akan bermula tahun depan bertujuan memastikan pendemokrasian pendidikan terus subur dalam masyarakat dengan peranan menyeluruh JPN memberi pendidikan kepada semua lapisan rakyat," ujarnya.

Sehingga kini katanya, seramai 1,142 orang pelajar pendidikan khas di 104 buah sekolah integrasi di seluruh negeri yang menyediakan kurikulum pendidikan khas kepada golongan ini.

Sementara itu, dalam majlis tersebut, sebanyak 30 anugerah telah dipertandingkan dengan melibatkan 16 buah sekolah-sekolah agama di seluruh negeri.

Anugerah SMKA terbaik dimenangi oleh SMKA Durian Guling, Dungun dan Anugerah Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) terbaik diterima oleh Sekolah Menengah Agama Atas Sultan Zainal Abidin (SMASZA).

Bagi Anugerah Asrama Terbaik, ia dimenangi oleh SMKA Tok Jiring dan SMA Khairiah pula bagi Anugerah Landskap Sekolah Terbaik.

Sumber : Utusan Malaysia Online

Tuesday, October 26, 2010

Catatan Lawatan Penanda Aras MGB Terengganu ke Kota Kinabalu,Sabah

20 Oktober 2010

7.00 pagi - Saya dan Ketua Unit,Pengurusan Sekolah Rendah berkesempatan dan berpeluang mengadakan Lawatan Penanda Aras bersama EXCO Majlis Guru Besar Negeri Terengganu ke Kota Kinabalu,Sabah.Pagi-pagi anggota rombongan telah berkumpul di Lapangan Terbang Sultan Mahmud,Kuala Terengganu.

8.10 pagi - Kami berlepas ke LCCT dengan pesawat Air Asia dan tiba empat puluh lima minit kemudian.Seronok juga bergerak bersama dengan rakan-rakan guru besar ni. Mereka adalah rakan-rakan rapat saya kerana sebelum ke JPN pada 1  November 2005 saya adalah seorang guru besar..heheh cerita lama.

11.30 pagi - Selepas lepak seketika di LCCT kami meneruskan penerbangan ke Kota Kinabalu. Sebelum tu kami sebat dulu makanan takut lapar maklumlah penerbangan memakan masa lebih dua jam setengah. Saudara Syed Othman,Timbalan Pengerusi MGB dan Saudara Amirudin,Penolong Setiausaha telah menguruskan tiket dan bording pass ahli rombongan.Inilah time untuk zzzzz.

2.15 petang - Kami selamat tiba di Terminal 2,Lapangan Antarabangsa Kota Kinabalu.Masing-masing sibuk memaklumkan kepada isteri dan isteri-isteri masing terutama Pengerusi MGB Marang dan Pengerusi MGB Kemaman. Kami disambut oleh Pengawai dari JPN Sabah,Pengerusi MGB Sabah,Pengerusi MGB Kota Kinabalu dan AJK MGB Sabah.Terima kasih sahabat-sahabat di Sabah. Kami menaiki bas yang disediakan ke hotel penginapan di pusat bandar Kota Kinabalu.Sebelum lesap ke bilik masing-masing Pengerusi MGB meminta semua berkumpul di lobi untuk ke BTPN bagi jamuan makan malam tepat jam 7.00 malam.

4.00 petang - Selepas mandi dan solat saya,Ketua Unit,Pengerusi MGB dan Penolong Setiausaha turun minum dan kemudian berjalan kaki ke Pasar Filipina di tepi sungai. Rakan-rakan naik syeikh membeli udang  kering dan ikan  bilis. Kami pusing habis,minum ABC dan berjalan pulang.Setelah kenyang makan buah "langsat" kamipun sampai hotel dan bersiap.

7.00 malam - Semua berkumpul dan kami bertolak ke BPTN. Rupa-rupanya Pengerusi MGB Sabah turut sama menginap di hotel kami sebagai menjaga kebajikan rombongan..Kami tabik tuan.Sampai di BTPN,Ketua Unit ,Pengurusan Sekolah Rendah JPN Sabah,Pn. Zainun telah sedia menunggu.Kami merasa terhormat sekali diberi layanan dan makan free oleh JPN dan MGB Sabah. Hubungan baik antara kedua Ketua Unit Pengurusan Sekolah Rendah telah memudahkan urusan lawatan ini. Terima kasih.

9.00 malam - Selepas makan Pengerusi MGB mengadakan taklimat ringkas berkaitan jadual lawatan dan tujuan lawatan yang mana antara lain untuk meraikan persaraan Timbalan Pengerusi MGB,YM Syed Othman yang akan bersara wajib mulai 16 Nov 2010. Selepas itu kami bertolak pulang ke hotel. Huuuhhh penat.Nak rehat.

21 Oktober 2010

7.00 pagi - Kami bersarapan pagi di hotel.Jam 7.00 pagi macam jam 8.30 pagi di Semenanjung.Lepas itu kami bertolak ke SK Kelombong iaitu sekolah Pengerusi MGB Kota Kinabalu.Letaknya sekolah ini di Inanam yang terkenal dengan kawasan industri.

7.40 pagi - Kami sampai di SK Kelombong dan di sambut oleh Guru Besar,GPK dan AJK MGB Kota Kinabalu. Pengerusi MGB Sabah menaiki bas bersama kami. Kami kemudian disambut dengan tarian selamat datang. Selepas upacara bergambar kami dibawa ke bilik taklimat

Guru Besar,SK Kelombong telah menyampaikan taklimat kemajuan sekolah.Walaupun sekolah ini baru dan belum mencapai kemajuan tinggi tetapi semangat,halatuju serta komitmen sangat tinggi. Pengerusi PIBG turut dijemput.Mereka juga menimba pengalaman dari Terengganu. Pengerusi MGB Terengganu dalam ucapan balas memuji usaha-usaha yang dibuat oleh MGB Sabah dan kerjasama erat antara MGB dan JPN Sabah sebagaimana yang diamalkan oleh MGB Terengganu dan JPN Terengganu ke arah meningkatkan pencapaian pendidikan rendah.

Selepas itu rombongan dibawa melawat dan dijamu dengan hidangan di kantin sekolah.Sesuatu yang istimewa di sekolah ini ialah amalan salam istimewa melalui  pergerakan kepada tamu sebagaimana prinsip salam hormat tamu oleh Kementerian Pelancongan.Selain itu di kantin meja makan kerusi dikurangkan kerana murid gemar makan scara tradisi di atas lantai atau tikar

11.00 pagi - Kami bertolak ke Sekolah Kluster SK Seri Gaya.Sampai sahaja di sana kami disambut oleh Guru Besar,AJK MGB Kota Kinabalu,GPK dan tarian selamat datang suku kaum oleh murid-muridnya.Sekolah ini seakan sama dengan Sekolah Sultan Sulaiman 1 dari segi latarbelakang muridnya di mana majoriti anak kakitangan kerajaan.

Kami telah diberi taklimat oleh Guru Besar,SK Seri Gaya dengan terperinci berkaitan sejarah perkembangan sekolah dan prestasi. Bidang kebitaraan akademik sekolah ini ialah matematik dan bidang kebitaraan kokurikulum adalah tarian.Pencapaian kedua bidang kebitaraan ini sungguh mengkagumkan. Begitu juga penglibatan warga sekolah dalam bidang kebitraannya agak menyeluruh.Kita percaya jika penalaan berterusan dan berfokus sekolah ini akan memperolehi sekolah berprestasi tinggi suatu hari nanti.

Banyak dimensi,ruang dan bidang yang guru besar kita boleh pelajari dari sekolah ini. Saya sangat tertarik dengan kekemasan dan disiplin murid sekolah ini. Murid mereka tidak bising atau berkejar ke sana ke mari.
Sebagai sekolah kluster yang memperolehi peruntukan besar banyak kemudahan yang dimanafaatkan seperti memiliki studio tarian yang lengkap. Satu lagi yang agak istimewa mereka membina galeri dan meletakkan piala kemenangan. Alangkah baik kalau JPN kita dan PIBG menyediakan peruntukan bagi membina galeri seumpama ini bagi sekolah kluster di negeri Terengganu.

Selepas dibawa melawat kami dijamu dengan makan tengah hari yang lazat. Terima kasih Sekolah Kluster Seri Gaya.

2.30 petang - Kami bertolak pulang ke hotel. Petang ini acara bebas membeli-belah.Macam-macam ada.Kedai Jamilah Jewel menjadi tumpuan bagi peminat mutiara. Saya dan Ketua Unit hanya lepak di bilik.Penat dan berehat.Lepas sembahyang Asar,En.Shahril,Pegawai Unit Rendah JPN Sabah bawa saya  dan Ketua Unit pergi mall. Ketua Unit membeli baju untuk hero-heronya tapi saya tengok dan cuci mata jer.Ada juga terasa nak beli kerongsan mutiara tapi bila call wife..dia cakap tak payah..hahah selamat sen aku..

6.45 petang - Kami bertolak ke Restoran Seafood Terapung menghadiri jamuan oleh MGB Sabah. Agak jauh tempat itu.Lebih empat puluh minit perjalanan. Tapi tidak terasa bosan kerana tayang video cerita hindustan lakonan Kajol dan Shah Rukh Khan. Rupanya ramai peminat atas bas itu. Ketua Unit Rendah tangkap leleh beb..begitu juga Pengerusi MGB Kemaman.Sebenar inilah masa nak realese ...Wow cantik restoran ni. Macam-macam ada. Udang kara,udang ketak,ketam,siput ... Kami dibawa ke satu pondok khas dalam kawasan restoran itu. Ketua Unit Rendah JPN Sabah,beberapa pegawai dan AJK MGB Sabah telah sedia menunggu..

Set koraoke pun ada. Pengerusi MGB Besut memang kaki ...terus bedal dua tiga lagu.Dia tak tahu dua pegawai JPN Terengganu juga hebat main benda alah ni.

Acara dimulakan dengan doa oleh YM Syed Othman.Selepas itu ucapan Pengerusi MGB Sabah,ucapan Pengerusi MGB Terengganu dan Ucapan Ketua Unit Rendah JPN Sabah.Selepas itu kami mula menjamu selera. Wow best tapi sedih tengok rakan Setiausaha MGB Marang yang hanya mampu melihat ketam dan udang bergolekan kerana al-ghoutnya.Lepas makan acara berkoraoke. Bila Ketua Unit Rendah dan Penyelia Kanan Rendah JPN Terengganu bagi sebutir dua lagu baru Pengerusi MGB Marang berani. Tapi beliau kena belatih enam bulan lagi dan kokok lidah baru betul tune dan makrajnya.

Sebelum berangkat pulang ke hotel cenderamata dari Unit Rendah JPN Sabah dan MGB Sabah telah di berikan.Terima kasih Unit Rendah JPN Sabah dan MGB Sabah.Budi baik kalian tetap dikenang.

22 Oktober 2010

7.00 pagi - Sarapan pagi di hotel tapi ada juga yang pekena roti canai kedai mamak belakang hotel.

9.00 pagi - Selepas check-out kami bertolak sekali lagi untuk kali terakhir ke pasar Filiphina.Majoriti turun kecuali saya,Ketua Unit dan Pengerusi MGB Kemaman yang sayang nak tinggalkan detik terakhir hindustan yang sambungan semalam.Lepas tu ramai yang naik bas semula bawa telepon bimbit atau iphone baru.Hehehe..barang murah dari Cina.Comel jugak sekali tengok.Tahan lama mana tak tau la.

Lepas itu kami meneruskan perjalanan ke LTAB Kota Kinabalu.Pertengahan jalan kami sekali lagi singgah di Kopitiam untuk dijamu pula oleh Ketua Unit dan Pegawai-Pegawai Unit Rendah JPN Sabah.Terima kasih. Khap Khun Khap kata orang Siam. Datang Terengganu kami balas pulak.

2.00 ptg -  Berlepas dari LTAB Kota Kinabalu ke LCCT. Huhhh pening gua kerana cuaca agak buruk sikit.Nasib tak curah. Bila sampai LCCT saya,KU Rendah,Pengerusi MGB dan beberapa lagi tibai KFC.

8.30 mlm - Kami berlepas dari LCCT ke LTSM Kuala Terengganu dengan membawa seribu pengalaman dan kenangan lawatan bersama MGB Terengganu ke Kota Kinabalu. Bukan sahaja kita membawa pulang pengalaman dan kenangan tetapi lebih penting hunbungan akram antara MGB  Terengganu dengan Unit Pengurusan Sekolah Rendah,JPN Terengganu terus kukuh bagi kita "melestarikan pendidikan rendah negeri Terengganu.

Terima kasih MGB Terengganu,Terima kasih MGB Sabah,Terima kasih Unit Rendah JPN Sabah.
Tahun depan kita hendak ke mana pula ?



Selamat Bersara Pak Ku

Monday, October 25, 2010

Wajib lulus mata pelajaran Sejarah elak rakyat terus keliru

AKIBAT buta sejarah, inilah yang berlaku di Malaysia hari ini. Pengetahuan sejarah yang dangkal membuatkan kumpulan tertentu berani mengemukakan tuntutan yang membelakangi Perlembagaan Negara? Adakah mereka tidak tahu atau sengaja buat-buat tidak faham mengenai sejarah pembentukan tanah air yang mereka junjung ketika ini?.

Nampaknya, pepatah yang berbunyi 'Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung' sekadar tinggal pepatah kerana ia bukan sahaja tidak dipraktikkan, malah turut diperlekehkan. Kesannya amat menakutkan. Negara ini boleh musnah kerana sikap segelintir pemimpin kaum yang menolak sejarah demi kepentingan sendiri.
Sejarah adalah sesuatu yang tidak boleh diubah, mahupun dipinda. Segala fakta dan tarikh kekal begitu buat selamanya dalam lipatan sejarah. Namun, apa yang berlaku hari ini, rakyat semakin keliru apabila ada usaha pihak tertentu mahu mengubah fakta sejarah.

Menyedari kesan buruk yang bakal berlaku jika perkara itu tidak dibendung, maka langkah kerajaan menjadikan Sejarah sebagai mata pelajaran wajib lulus di peringkat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai 2013 adalah tepat sekali.

Lebih tepat lagi apabila pendedahan mata pelajaran Sejarah mula diberi kepada murid sekolah rendah menerusi pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah pada 2014. Bak kata pepatah, 'melentur buluh biarlah dari rebungnya'.

Pendedahan dari usia muda yang kemudian disambung pula ke peringkat sekolah menengah akan memantapkan lagi pemahaman generasi muda terhadap sejarah.
Hanya dengan pemahaman yang jelas, maka jika berlaku kemelut berkaitan pembentukan negara ini, ia lebih mudah untuk dijernihkan.

Dengan itu, pengumuman Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran semalam bahawa mata pelajaran Sejarah akan dijadikan subjek wajib di peringkat peperiksaan SPM sebagai syarat untuk mendapatkan sijil peperiksaan itu perlu dilihat dengan positif.

Tujuannya adalah jelas iaitu untuk memahamkan rakyat terhadap sejarah negara ini. Ia penting supaya tidak timbul lagi sebarang kekeliruan yang boleh memecah-belahkan perpaduan rakyat berbilang kaum.
Lebih daripada itu, ia penting bagi menyiapkan generasi muda untuk menjadi pemimpin pelapis yang memiliki jati diri yang tinggi, semangat cintakan negara yang tebal dan lebih bertolak ansur antara kaum.

Memandangkan penduduk negara ini berbeza kaum, budaya, agama dan adat resam, maka generasi muda mesti diberikan pendedahan melalui pendidikan agar mereka lebih memahami setiap perbezaantersebut.
Cara yang paling berkesan tentulah melalui pendidikan di sekolah. Dengan cara ini, setiap pelajar akan bertungkus lumus untuk membaca, mentelaah, meneliti, menghayati dan memahami sejarah negara ini.
Menerusi pembacaan yang agresif untuk lulus peperiksaan, maka secara tidak langsung, setiap apa yang 'dihidangkan' oleh buku sejarah termasuk keadaan negara ini pada zaman-zaman awal pembentukan kerajaan dapat difahami dengan jelas.

Bagaimana keadaan negara ini ketika di bawah penjajahan Portugis, Belanda, Inggeris dan Jepun, kesemuanya boleh dikorek melalui pembelajaran subjek Sejarah di sekolah.
Bagaimana Inggeris memerintah dan bagaimana pembentukan Negeri-Negeri Selat pada 1826 telah membuka pintu seluas-luasnya kepada pendatang Cina dan India ke negara ini juga boleh difahami melalui sejarah.

Masyarakat India hari ini adalah satu kaum yang berasal dari keturunan mereka yang berhijrah dari India selatan semasa pemerintahan Inggeris di Tanah Melayu.
Kebanyakan pendatang Cina di Tanah Melayu pula berasal dari China selatan, terutamanya wilayah Fujian dan Guangdong. Pada abad ke-19, kebanyakan mereka datang untuk bekerja sebagai 'buruh terikat' melalui perjanjian bertulis.. Itu adalah fakta sejarah yang tidak boleh dipinda.

Sebelum itu, pada awal abad ke-15, Kesultanan Melaka wujud dan kemakmuran ekonominya telah menarik minat penakluk dari Portugis pada tahun 1511 diikuti oleh Belanda dan Britain untuk mewujudkan penempatan atau koloni di Selat Melaka. Itu juga fakta sejarah yang tidak boleh diubah.

Generasi muda juga perlu dididik dan didedahkan dengan fakta sejarah bahawa Sarawak dan Sabah telah membantu pembentukan Malaysia bersama Malaya dan Singapura pada 16 September 1963. Itu juga penting agar tidak timbul kekeliruan mengenai pembentukan Malaysia. Ia juga fakta yang terpahat kemas dalam lipatan sejarah.

Maka untuk memahamkan rakyat terhadap sejarah, sewajarnya mata pelajaran Sejarah diwajibkan lulus kepada setiap pelajar. Inilah masanya dan inilah waktu yang paling tepat untuk membangkitkan semula rakyat yang telah tertidur lama dalam memahami perjalanan sejarah dan pembinaan negara ini.

Sumber : Utusan Malaysia Online

Sunday, October 24, 2010

Majlis Jasamu Abadi Sempena Persaraan KS Pengurusan Sekolah

Hari ini jam 11.00 pagi bertempat di Permai Inn,Kuala Terengganu telah diadakan Majlis Jasamu Abadi sempena persaraan Ketua Sektor Pengurusan Sekolah,YM Tengku Anuar Tengku Dalam yang akan bersara wajib pada 27 Oktober 2010 nanti. Majlis anjuran Jabatan Pelajaran Negeri turut dihadiri oleh Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri,Ketua-ketua Sektor,Pegawai-Pegawai Pelajaran Daerah,PP BTPN Terengganu,Majlis Pengetua,Majlis Guru Besar dan pegawai-pegawai jabatan dan PPD.

Yang Berbahagia,En.Razali bin Daud,Timbalan Pengarah Pelajaran Terengganu dalam ucapan aluannya menyifatkan YM Tengku Anuar (Pak KU) seorang sahabat dan rakan sejawat yang banyak sumbangannya kepada dunia pendidikan khususnya di negeri Terengganu.Bagi pihak pegawai Jabatan dan PPD beliau merakamkan setinggi ucapan penghargaan dan terima kasih kepada YM Pak Ku. Beliau juga mengingatkan hadirin agar sentiasa saling hormat menghormati dan jabatan akan mengubah pendekatan meraikan persaraan pegawai dan pengurus sekolah dengan cara yang lebih sesuai.

Sementara itu,YM Tengku Anuar dalam ucapannya merakamkan penghargaan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberi kerjasama dan sokongan terutama semasa beliau sakit bagi mengurus Sektor Pengurusan Sekolah.Beliau amat bersyukur diberi peluang dan sihat di saat akhir persaraan dan apa yang beliau lakukan enam bulan terakhir ini adalah untuk membayar "hutang" dalam perkhidmatan yang mungkin tidak dapat disempurnakan sebelum ini. Beliau juga memberi fokus agar pendidikan mesti memberi penekanan soalan mendidik akal,hati dan budi. Beliau kemungkinan meneruskan khidmat pendidikan menerusi medan baru dengan kembali aktif menulis.YM Tengku Anuar adalah seorang penulis buku terkenal terutama mengenai buku geografi suatu ketika dahulu.

Sebelum para tamu dihidangkan dengan jamuan tengahari,majlis penyampaian cenderamata kepada Pak Ku oleh pihak jabatan,wakil sektor,wakil ppd,wakil Majlis Pengetua,Majlis Guru Besar,.BTPN dan para pegawai Sektor Pengurusan Sekolah.

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat


Selamat Bersara Pak Ku
Terima kasih Pak Ku
Terima kasih Cikgu

Ulang Tahun Pertama Blog Unit Rendah

Lebih kurang sebulan lagi iaitu 25 Nov genaplah setahun Blog Unit Pengurusan Sekolah Rendah,Sektor Pengurusan Sekolah,Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu beroperasi. Hingga saat artikal ini ditulis blog ini telah menerima 50,058 hit.

Kami merasa bangga dan merakamkan setinggi penghargaan terima kasih kepada para pengunjung setia blog ini. Blog ini kami bina sebagai wacana dan wahana khususnya pengurusan Sekolah Rendah negeri Terengganu dengan Unit Pengurusan Sekolah Rendah,Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu.Kita sangat-sangat berharap melalui perkongsian ini banyak masalah dapat diselesaikan dengan cara yang berkesan.Kita sangat yakin hubungan akram Unit Pengurusan Sekolah Rendah dengan Majlis Guru Besar Negeri Terengganu disertakan dengan kefahaman serta tindakan proaktif Pengurusan Sekolah Rendah seluruh negeri kita mampu untuk terus terutamanya "Melestarikan Pengurusan dan Pendidikan Sekolah Rendah Negeri Terengganu"

Isu Pertukaran Guru Besar dan Guru Penolong Kanan .......

Bila sebut "pertukaran" macam-macam cerita dan tanggapan dibuat. Tidak kiralah sama ada ia melibatkan pertukaran guru,Guru Penolong Kanan dan Guru Besar ianya sentiasa 'sensasi" dan "panas" sama ada orang yang terlibat secara langsung atau secara tidak langsung.

Jarang kita melihat dari dimensi yang berbeza kerana seting biasa minda kita bila berlaku pertukaran atau perubahan selalu dikaitkan dengan perkara negatif.Antaranya dianggap sebagai hukuman,balas dendam,tanda benci,pilih kasih kroni dan sebagainya.Kadang-kadang dukacitanya ia datang daripada mereka yang terlibat dan telah berakar umbi hingga menjadi "kayu mati" di kerusi jawatan yang diduduki.Lebih dasyat lagi,menghasut pula gerombolan pengikut yang amat selesa dengan stail dan gaya kepimpinannya bagi terus mengekalkannya "bertakhta" di situ dengan pelbagai cara.

Sedikit sangat yang kita jumpa, melihat pertukaran itu sebagai pengukuhan dan pemantapan organisasi serta pecutan ke arah yang lebih terbilang serta kebajikan kepada mereka yang terlibat.Mengapa kita tidak melihat pertukaran dan perubahan kepimpinan sebagai satu proses dalam perkhidmatan yang mesti diterima akur dengan senang hati.Kalau kita hendak beri sebab mengapa seseorang perlu bertukar banyak sebabnya. Ianya mungkin berkait dengan prestasi,kebajikan,masalah kesihatan,keselamatan dan berbagai lagi. Namun semua itu dapat kita rumus dalam terma perkhidmatan barangkali seperti berikut mengapa seseorang Guru Besar atau GPK perlu bertukar:-

1. Layak tapi tidak sesuai
2. Layak tapi kurang sesuai
3. Layak dan sesuai
4. Tidak layak tidak sesuai

Kita juga sedia maklum bahawa pertukaran guru biasa hanya dua kali setahun.Manakala pertukaran Guru Besar dan GPK bila-bila masa sama ada 1 haribulan atau 16 haribulan.Justru itu semua pengurus sekolah sepatutnya mengurus tugas dengan kemaskini atau "up to date" supaya bila berlaku pertukaran tidak timbul urusan-urusan yang tidak selesai. Urusan-urusan tidak selesai ini juga adalah petunjuk prestasi yang lemah dalam pengurusan kita dan akan memberi kesan kepada masa depan kerjaya kita.

Kita berharap dengan penjelasan ringkas ini tidak timbul lagi spekulasi negatif berkaitan pertukaran terutama Guru Besar dan GPK terutama di kalangan guru-guru. Sepatutnya Guru Besar dan GPK yang bertukar kita iringi dengan doa semoga ilmu dan kehebatannya dapat dimanafaat di sekolah baru yang lebih memerlukan sementara kita berlapang dada menerima Guru Besar atau GPK baru dan siap siaga menyokong visi dan misi mereka. Sepatutnya kita merasa beruntung menerima idea dan stail baru sebagai mempersiapkan diri untuk menjadi Guru Besar atau GPK yang hebat bila tiba masanya.Kita barangkali tidak mahu guru kita memanggil kita Guru Besar atau GPK 'cap ayam' sebagaimana kita pernah panggil kepada mantan Guru Besar atau GPK kita suatu masa dahulu...Namun ingat keadilan dan balasan Allah amat nyata dan benar.

Tuesday, October 19, 2010

Wacana Intelektual "Visi Pendidikan Terbilang"


"Jika kita bekerja kerana Allah maka tidak timbul soal fitnah,adu-domba,bodek membodek. Kita boleh menerima siapa sahaja ketua kita. Saya bekerja di bawah enam belas pengarah dengan tiada masalah kerana saya menjalan tugas dan kerja saya bukan buat perkara karut-marut", demikianlah antara  ucapan YM Tengku Anuar Tengku Dalam,Ketua Sektor Pengurusan Sekolah,Jabatan Pelajaran Terengganu di Wacana Intelektual Visi Pendidikan Terbilang anjuran PPD Kuala Terengganu di Dewan Utama Yayasan Islam Terengganu, Ahad lepas.

Wacana berkenaan turut dihadiri oleh para pegawai di PPD Kuala Terengganu,Pengetua,PK Hem,PK Tingkatan 6,Guru Besar,GPK 1 dan GPK Hem Sekolah Rendah bagi daerah Kuala Terengganu.

YM Tengku Anuar bin Tengku Dalam yang juga merupakan penulis buku suatu ketika dulu akan bersara wajib pada 26 Oktober 2010 ini turut melahirkan rasa kecewa dan kesal dengan senerio yang berlaku yang akan menjadi penghalang kepada Pendidikan Terbilang. Menurut beliau Pendidikan Terbilang mesti bersifat menyeluruh di mana pelajar,guru,kepimpinan,urustadbir,warga pendidik dan komuniti mesti terbilang barulah Sekolah Terbilang dan Pendidikan Terbilang dapat dilahirkan.

Beliau yang juga bekas KPP Kurikulum suatu ketika dahulu dan perintis serta pelaksana KBSR dan KBSM menegaskan asas,panduan,ilmu,nilai telah sedia ada tetapi terabai bila form atau "bentuk" kurikulum atau pendidikan diberi keutamaan bukannya "content" atau isi pendidikan. Prinsip 5P KBSR telah tidak dilaksana atau dilaksana tanpa sedar dan fokus telah lari jauh menyebabkan berlaku kecelaruan dan kekeliruan dalam pendidikan dan masyarakat.

Dalam pebentangan kerangka konsep Pendidikan Terbilang dua jam lebih itu YM Tengku Anuar turut menggariskan perkara-perkara yang perlu diberi fokus bagi membangunkan keterbilangan dalam bidang-bidang berkenaan berasaskan kehendak semasa pendidikan seperti SBT,Starrating dan sebagainya.Menurut beliau lagi kerangka Pendidikan Terbilang ini akan diserahkan kepada Pengarah Pelajaran yang baru nanti. 

Monday, October 11, 2010

Taklimat Pemantapan Perancangan Dan Pengurusan Strategik Guru Besar Negeri Terengganu

Unit Pengurusan Sekolah Rendah,Jabatan Pelajaran Negeri dengan kerjasama Gabungan Majlis Guru Besar Negeri Terengganu telah menganjur dan melaksanakan Taklimat Pemantapan Perancangan Dan Pengurusan Strategik Guru Besar Negeri Terengganu bermula 11 - 13 Mac 2010 di Hotel Seri Malaysia,Kuantan,Pahang Darul Makmur.

“Sebagai Guru Besar kita harus selangkah kehadapan berbanding dengan GPK dan guru-guru kita”, kata Yang Berbahagia En. Razali bin Daud,Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu yang menjalankan tugas Pengarah Pelajaran Terengganu dalam ucap utamanya  bertemakan “Mindset Shifts”.

Tuan Timbalan menyarankan agar supaya semua guru besar dapat mengenal kekuatan dalaman organisasi lebih-lebih potensi diri kita dan ahli organisasi kita. Potensi dan kekuatan itu mesti diterokai dan hanya mereka yang mempunyai “Self Esteam “ diri yang tinggi.
Taklimat ini adalah penting sebagai medan penilaian perancangan tahun semasa dan asas kepada perancangan masa depan. Perkara yang penting ialah kesediaan kita membuka fikiran menerima idea-idea baru seumpama payung terjun ianya akan berfungsi jika payung itu dikembangkan.

“Penilaian” tegas Tuan Timbalan Pengarah adalah satu perkara yang sangat penting. Ianya bukan hanya berlaku selepas sesuatu aktiviti tetapi sentiasa berlaku sebagai “quality check point”. Prinsip dalam penilaian ialah berasaskan CIPP. C bermaksud “content” program kita.I bermakna “imput”. P bermaksud “process” yakni bagaimana imput diproses bagi memperolehi hasil optimum.P bermaksud “product”.Oleh yang demikian dalam perancangan dan penilaian princip CIPP sangat perlu dilaksanakan.

Selain itu sebagai perkongsian beliau mengetengahkan isu bagaimana menjadikan sekolah atau pengajaran sesuatu yang menarik. Pengajaran-pembelajaran akan menjadi sesuatu yang menarik jika :

a.         Kandungan pengajaran (content of teaching)
b.         Memahami dan mengetahui secara mendalam pedagogi
c.         Mengetahui kaedah belajar atau pendragogi
d.         Mengetahui secara mendalam tentang subjek yang diajar
e.         Memahami secara mendalam tentang kurikulum sama kurikulum formal,kurikulum operational dan juga kurikulum pengalamian (Kurikulum – IKAN –Ilmu,kemahiran,nilai)
f.          Guru perlu mengetahui peranan sebagai guru (penyampai ilmu,pemudahcara,role model)

Jika prinsip ini dapat diamalkan akan berlaku “keseronakan mengajar” dan keseronokan belajar”.

Selain itu isu kewangan sekolah juga menjadi tanggungjawab guru besar. Guru Besar sangat perlu membaca pekeliling berkaitan pengurusan kewangan dan pekeliling ikhtisas agar tidak berlaku salah tadbir dan salah urus yang akan memberi impak kepada prestasi sekolah dan pengurusan sekolah. Arahan Perbendaharaan wajib dibaca supaya segala yang kita lakukan mematuhi prosidur kewangan.Guru Besar dalam pengurusan kewangan mesti kena cermat dan teliti 

Tuan Timbalan juga menyarankan supaya Guru Besar melaksanakan perubahan terutama "mind set"

1.                  From problem focus to solution focused
2.                  From dictating goals to aligning goals
3.                  From giving advice to generating awareness
4.                  From knowing all to being curious
5.                  From directing to influencing
6.                  From criticizing/punishing to acknowledging/praising
7.                  From managing to empowering
8.                  From providing solution to exploring possibilities
9.                  From demanding to requesting
"When we change our paradigms,we change our future" - Joel A.Barke




Sunday, October 10, 2010

Taklimat dan Penempatan GSST Program Khas Pengsiswazahan Guru Sekolah Rendah Siri 2

Pada hari ini seramai tiga belas orang lagi guru baru masuk ke sekolah rendah di negeri Terengganu selepas sepuluh orang masuk pada akhir September yang lepas.Meraka adalah seratus peratus guru Bahasa Inggeris Program Khas Pensiswazahan  Guru Sarjana Muda Pendidikan antara IPGM dengan pihak universiti.Taklimat dan Penempatan GSST Program Khas Pengsiswazahan Guru Sekolah Rendah Siri 2 ini telah diadakan di Sumai Suite Hotel,Kuala Terengganu.

En. Jelani bin Sulong,Ketua Unit Pengurusan Sekolah Rendah dalam taklimatnya mengucapkan tahniah kerana mereka semua ditempatkan ke negeri Terengganu iaitu negeri asal mereka sedangkan ramai lagi rakan-rakan mereka dalam program yang sama terpaksa ditempatkan di negeri lain. Penempatan mereka sebagaimana surat arahan kementerian mereka perlu ditempatkan di sekolah pedalaman atau sekolah luar bandar atau sekolah yang sukar ditempatkan guru.

Taklimat hari ini turut dihadiri oleh pegawai dari Unit Pengurusan Sekolah Rendah dan semua Penyelia Kanan PPD seluruh negeri. Taklimat dimulakan dengan Ketua Unit Pengurusan Sekolah Rendah sebagai mewakili Pengarah Pelajaran Negeri. Kemudian diikuti dengan taklimat Pentadbiran oleh En.Kamal bin Abdullah,Penolong Pengarah Pengurusan Guru. En.Mat Lin bin Mohd Nor,Penolong Pengarah Data dan ABM pula menyampaikan taklimat berkaitan perkhidmatan. Sementara taklimat terakhir mengenai motivasi disampaikan oleh En.Mat Lazim Noor,Penyelia Kanan Cemerlang Unit Pengurusan Sekolah Rendah.

Penyampaian surat penempatan oleh Ketua Unit Pengurusan Sekolah Rendah diadakan selepas taklimat.Guru-guru baru ini akan dipertemukan dengan semua Penyelia Kanan PPD bagi mendapat pelbagai maklumat berkait dengan sekolah penempatan. Mereka akan melapor diri di sekolah masing-masing mulai 11 Oktober 2010.

Tahniah Cikgu dan Selamat Bertugas !


Tiada lagi PMR pada 2016

SYDNEY 9 Okt. - Kementerian Pelajaran hari ini memutuskan tidak akan meneruskan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dalam formatnya sekarang tetapi diubah menggunakan format baru melalui penilaian berasaskan sekolah.

Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pula akan diteruskan tetapi dengan penambahbaikan bentuk dan komposisi subjek.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, perubahan format baru bagi kedua-dua peperiksaan itu akan berkuat kuasa serentak pada peperiksaan 2016.

Menurutnya, kitaran kepada perubahan dasar dalam dua peperiksaan itu akan mengambil masa enam tahun dan bermula serentak pada kohort sesi persekolahan 2011.

Muhyiddin juga tidak menolak kemungkinan satu nama baru akan menggantikan PMR pada 2016 nanti.
"Maka pada ketika itu, kita akan adakan UPSR (format baru) dan mungkin PMR dalam bentuk baru yang tidak dipanggil PMR lagi," katanya selepas bersarapan pagi dengan media Malaysia dan para pegawainya di sini hari ini.

Timbalan Perdana Menteri berkata, perubahan itu sejajar dengan tuntutan masyarakat yang tidak mahu sistem persekolahan terlalu menekankan peperiksaan.

Menurutnya, masa diperlukan untuk perubahan dasar bagi memberi peluang pelajar yang masih berada dalam sistem pelajaran sekarang meneruskannya dengan ujian sedia ada.
Sehubungan itu, beliau memberitahu, cara penyampaian mata pelajaran masih lagi terikat dengan apa yang sudah sedia ada.

Muhyiddin menjelaskan, UPSR akan berubah bentuk dan format, antaranya mengurangkan komposisi subjek teras kepada 60 peratus dan menambah pemberat komponen kokurikulum serta subjek yang dianggap penting seperti sivik kepada 40 peratus dalam pentaksiran keseluruhan.

Subjek teras di peringkat UPSR ialah Matematik, Bahasa Inggeris, Sains dan Bahasa Malaysia (Penulisan dan Kefahaman).

Menurut beliau, keputusan itu dibuat setelah mengambil kira input dan pendapat jawatankuasa meja bulat penambahbaikan yang telah bersidang sebanyak tiga kali.
Sejajar dengan transformasi PMR kepada format baru itu pula, Muhyiddin telah meminta Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) melihat aspek integriti pentaksiran supaya tiada sekolah yang berkecenderungan untuk bersikap berat sebelah dalam pemberian markah kepada pelajar di sekolah masing-masing.

Penilaian berasaskan sekolah bermakna pelajar akan diminta membuat folio daripada projek yang disediakan oleh guru sekolah. Contoh terdekat amalan format baru yang sedia ada adalah mata pelajaran Kemahiran Hidup dan Pengajian Asas Fardu Ain (Pafa).

Muhyiddin berkata, beliau bercadang membawa perkara itu ke Kabinet kerana pastinya ada minat daripada masyarakat untuk mengetahui tujuan dan langkah penambahbaikan serta inisiatif baru yang hendak dibuat supaya sistem pendidikan di Malaysia tidak cenderung kepada peperiksaan semata-mata.

Bagaimanapun, katanya, perkara pokok dan penting ialah setiap peringkat kemajuan murid akan dapat nilai.
"Sesiapa pun perlu mengetahui kemajuan anak-anak mereka di sekolah," katanya.
Beliau berkata, secara umumnya masyarakat bersetuju UPSR perlu dikekalkan tetapi mereka juga berpendapat mesti ada penambahbaikan.

Di atas premis inilah, katanya, maka Kementerian Pelajaran perlu memikirkan langkah penambahbaikan antaranya mengubah suai komposisi subjek teras, mungkin daripada keseluruhan 100 peratus, maka 60 peratus sahaja komposisi adalah berasaskan bidang-bidang akademik yang terpilih yang akan diumumkan kelak.

"Baki 40 peratus adalah atas dasar kokurikulum, bidang sivik serta bidang-bidang yang dianggap penting dan perlu, tetapi pada waktu sekarang tidak dinilai secara saksama.

"Jadi ini dikira perimbangan yang sesuai. Yang ini pun perinciannya akan kita umumkan kemudian," katanya.
Bagi PMR pula, Muhyiddin berkata, umum bersetuju peperiksaan tingkatan tiga itu tidak perlu diteruskan.
Katanya, dalam dialog meja bulat yang terakhir juga, jawatankuasa bersetuju dengan cadangan kementerian supaya PMR diubah bentuknya kepada penilaian yang dibuat di sekolah.

Bagaimanapun, untuk mengelakkan tanggapan penilaian berbeza-beza, jelas beliau, adalah menjadi peranan LPM untuk menyelaras bentuk-bentuk ujian yang akan dilakukan.

"Ini untuk mengelakkan berat sebelah atau kecenderungan sekolah memberi markah yang lebih baik untuk sekolah mereka," katanya.

Muhyiddin berkata, beliau akan mengumumkan secara muktamad dalam seminggu dua ini apabila laporan lengkap sampai ke tangannya.

Beliau juga memberitahu, kementerian tidak melakukan persidangan meja bulat tersebut secara serta-merta tetapi setelah melakukan ujian rintis di banyak sekolah.
Ujian rintis melibatkan 50 sekolah pada 2008 dan 500 lagi pada 2009.

Sumber : Utusan Malaysia Online

Friday, October 8, 2010

Renungan Jumaat - 10 Sebab Atau Tanda Hati Mati

Menurut seorang ahli sufi terkenal Syeikh Ibrahim Adham, antara sebab atau tanda-tanda hati mati ialah :

1. Mengaku kenal Allah swt, tetapi tidak menunaikan hak-hak-Nya
2. Mengaku cinta kepada Rasulullah saw, tetapi mengabaikan sunnah baginda.
3. Membaca al-Quran, tetapi tidak beramal dengan hukum-hukum di dalamnya.
4. Memakan nikmat-nikmat Allah swt, tetapi tidak mensyukuri atas pemberian-Nya.
5. Mengaku syaitan itu musuh, tetapi tidak berjuang menentangnya
6. Mengaku adanya nikmat syurga, tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya.
7. Mengaku adanya siksa neraka, tetapi tidak berusaha untuk menjauhinya.
8. Mengaku kematian pasti tiba bagi setiap jiwa, tetapi masih tidak bersedia untuknya.
9. Menyibukkan diri membuka keaiban orang lain, tetapi lupa akan keaiban diri sendiri.
10. Menghantar dan menguburkan jenazah/mayat saudara se-Islam, tetapi tidak mengambil pengajaran daripadanya.

Semoga dengan tips yang ringkas tapi sangat besar ertinya ini dapat memberi peringatan dan pengajaran buat kita meneruskan kehidupan dengan  rasa nikmat kebahgaiaan.

Thursday, October 7, 2010

Taklimat dan Penempatan GSST Program Khas Pengsiswazahan Guru Sekolah Rendah

Tahniah kepada tiga belas orang guru baru GSST Program Khas Pensiswazahan Guru Sarjana Muda Pendidikan (TESL) Sekolah Rendah yang ditempatkan di negeri Terengganu pada 11 Oktober 2010. Mereka ini telah dilatih dalam program antara IPGM dan Universiti dan penempatan mereka untuk sekolah luarbandar,sekolah pedalaman atau sekolah yang sukar ditempatkan guru. Tenaga dan khidmat mereka amat diperlukan terutama bagi mempertingkatkan Bahasa Inggeris terutama di sekolah-sekolah berkaitan.

Sehubungan dengan itu Satu Taklimat Penempatan akan diadakan sebagaimana berikut:

Tarikh    :  10 Oktober 2010
Masa     :   8.45 pagi
Tempat  :   Sumai Hotel Apartment,Kuala Terengganu

Senarai nama dan daerah penempatan calon boleh diketahui dengan KLIK.

Tahniah dan terima kasih.

SELAMAT BERSARA DAN TERIMA KASIH TUAN !

Kami dari warga kerabat kerja Unit Pengurusan Sekolah Rendah,
Sektor Pengurusan Sekolah,Jabatan Pelajaran Terengganu mengucapkan 
Selamat Bersara dan Setinggi-Setinggi Penghargaan Terima Kasih
kepadaYang Berbahagia,Tuan Haji Ariffin bin Haji Embong,Pengarah Pelajaran 
Terengganu. Kami berdoa semoga tuan sekeluarga diberi Allah SWT nikmat 
kesihatan,murah rezekidan kebahagiaan berpanjangan.Segala bimbingan tuan
serta tunjuk ajar tuan akan sentiasa kami manafaatkan  bagi meningkatkan mutu
perkhidmatan dan kecemerlangan pendidikan negeri Terengganu.

Wednesday, October 6, 2010

Mesyuarat Pengemaskinian Dan Semakan Data (DOSR) Kali 3/2010

Seramai 48 pegawai dari pelbagai Sektor dan PPD telah menghadiri Mesyuarat Pengemaskinian Dan Semakan Data (DOSR) Kali 3/2010 di Seri Malaysia,Kuantan mulai 5 hingga 7 Oktober 2010.Pegawai-pegawai berkenaan terdiri dari Pegawai Unit Pengurusan Sekolah Rendah (mengurus data DOSR),pegawai dari Sektor ICT dan PPD (mengurus EMIS),pegawai dari Sektor Khidmat Pengurusan Pembangunan (mengurus ABM Perjawatan),pegawai dari Sektor Pendidikan Islam dan PPD (mengurus data guru agama dan J-QAF),pegawai dari Unit PraSekolah dan PPD (data guru prasekolah) dan pegawai dari Sektor Khas dan Swasta (mengurus data guru pendidikan khas dan integrasi)

Ketua Unit Pengurusan Sekolah Rendah,En.Jelani bin Sulong dalam ucapan aluannya mengingatkan betapa pentingnya mesyuarat ini kerana mesyuarat ini adalah medan untuk verifikasi data yang melibat perjawatan semua guru sekolah rendah. Data yang telah diverifikasi ini akan digunakan sebagai dasar penentu pertukaran dan penempatan guru sekolah rendah pelbagai kategori opsyen bagi tahun  2011. Beliau menambah jika berlaku kesilapan verifikasi maka kita akan dipertanggungjawabkan sepenuhnya mengenai kedudukan guru sekolah rendah tahun 2011.

Selain dari itu, Ketua Unit Pengurusan Sekolah Rendah menegaskan walau di unit manapun kita berada kita mengurus data bagi pihak jabatan atau bagi pihak pengarah pelajaran. Data bukan milik mutlak individu. Bagi data Operasi Rendah (DOSR) Unit Pengurusan Sekolah Rendah sebagai urusetia berharap rakan-rakan dapat membantu suapaya data ini data seratus peratus tepat.

Proses verifikasi  diselaras mengikut daerah terlebih dahulu antara pegawai (penyelia-penyelia Kanan Pengurusan Sekolah,Agama,PraSekolah,Emis) yang mengurus data guru sekolah rendah di daerah masing-masing. Selepas itu akan diverifikasi pula di peringkat negeri oleh pegawai-pegawai terbabit sebelum diterimapakai dan disahkan data DOSR tepat dan digunakan untuk pelaksanaan pertukaran dan penempatan guru 2011.



Pengelola Sekolah Terengganu Bersama Pengarah Pelajaran Negeri

Semalam di Sumai Inn,Kuala Terengganu telah diadakan Majlis Pengelola Sekolah-Sekolah Terengganu Bersama Pengarah Pelajaran Negeri.Tujuan utama program berkenaan diadakan bukan sahaja untuk merapatkan hubungan antara ahli Persatuan Pengelola Sekolah Malaysia Cawangan Terengganu (PPSM Cawangan Terengganu) tetapi juga sebagai meraikan persaraan Pengarah Pelajaran Terengganu (bersara wajib :10 Oktober 2010),meraikan persaraan Ketua Sektor Pengurusan Sekolah selaku Penasihat Persatuan Pengelola Sekolah-Sekolah Malaysia Cawangan Terengganu (bersara wajib : 27 Oktober 2010) dan juga meraikan persaraan ahli-ahli pengelola pada tahun ini.

Majlis dihadiri oleh 80 orang ahli  termasuk semua AJK Negeri. Turut hadir meraikan ialah En.Razali bin Daud,Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri,En.Salim bin Abd. Ghani,Timbalan Ketua Sektor Pengurusan Sekolah dan En.Jelani bin Sulong,Ketua Unit Pengurusan Sekolah Rendah merangkap Pegawai Perhubungan PPSM Cawangan Terengganu.

En. Zainudin Muda,Pengerusi PPSM Cawangan Terengganu dalam ucapan aluanya merakamkan setinggi penghargaan terima kasih di atas sokongan Pengarah dan Timbalan Pengarah terhadap kegiatan PPSM Cawangan Terengganu. Menurut beliau lagi sokongan pengurusan tertinggi JPN Terengganu terhadap PPSM Cawangan Terengganu menjadi benchmark kepada PPSM dan PPSM negeri-negeri lain.

"Tuan-tuan telah membuat saya sebagai  Pengarah merasa hebat. Tuan-tuan telah membantu saya dan saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih", kata Yang Berbahagia,Tuan Haji Ariffin bin Haji Embong,Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu dalam ucapan beliau. Beliau juga bersetuju untuk hadir di majlis ini kerana merasakan betapa pentingnya tugas pengelola dalam menjayakan wawasan pendidikan negeri dan negara. Tegas beliau pengelola bukan sekadar membantu tetapi kadang-kadang membuat keputusan yang besar dan penting. Beliau membuat analogi agar kita mengamalkan pengurusan sebagaimana pengurusan kedai kopi itu menyegerakan permintaan pelanggan dengan cepat dan cekap bukannya sering bertangguh.Konsep urgensi perlu dilaksanakan.Pengarah juga mengambil kesempatan memohon maaf jika semasa menjalankan tugas ada pengelola sekolah tersinggung.

Sementara itu,YM Tengku Anuar bin Tengku Dalam,Ketua Sektor Pengurusan Sekolah selaku Penasihat PPSM Cawangan Terengganu merasa sangat gembira dengan majlis hari ini kerana dihadiri Pengarah dan Timbalan yang merupakan rakan karib. Beliau merasa sedikit kurang senang dengan  "situasi" yang berlaku di saat menjelang persaraan pengarah dengan pelbagai berita dan tindakan yang tidak sepatutnya disensasikan.B eliau berdoa semoga peralihan kepimpinan jabatan berlaku dengan baik dan berdoa semoga Timbalan Pengarah akan dapat mengambil tugas memimpin JPN Terengganu.Beliau merasa  bersyukur di saat akhir perkhidmatannya beliau telah sembuh dari lima tahun sakit dan banyak perkara yang tidak mampu dilaksanakan semasa sakit ingin dilaksanakan. Beliau berpesan supaya sentiasa bersihkan hati dan mencari cinta Ilahi.

Majlis diakhiri dengan penyampaian sijil,hadiah persaraan dan bersalaman dengan Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu. Persatuan Pengelola Sekolah Malaysia Cawangan Terengganu merakamkan setinggi penghargaan terima kasih dan selamat bersara kepada Yang Berbahagia,Tuan Haji Ariffin bin Haji Embong.PPSM Cawangan Terengganu juga bersedia menerima pengarah baru dan penasihat baru dan akan memberi penuh iltizam serta komitment menjayakan amanah dan wawasan pendidikan negeri.

Tuesday, October 5, 2010

Selamat Menduduki PMR 2010

Sunday, October 3, 2010

Majlis Budi Abadi Sempena Persaraan Pengarah Pelajaran Terengganu

"Saya sangat bertuah kerana sewaktu mengambil alih tugas sebagai Pengarah Pelajaran Negeri pada April 2007 pendidikan Terengganu telah berada di landasan yang kukuh setelah asasnya dibina oleh pengarah-pengarah terdahulu.Dengan asas yang kukuh itulah saya bersama pegawai dan warga pelajaran seluruhnya mampu melonjakkan pendidikan Terengganu", kata Yang Berbahagia,Tuan Haji Ariffin bin Haji Embong di Majlis Budi Abadi sempena persaraan beliau yang dianjurkan oleh pihak jabatan.Beliau akan mula bersara wajib mulai 9 Oktober 2010 ini.

Dengan nada sebak dan terharu beliau merakamkan setinggi penghargaan kepada semua warga pendidikan yang turut "Bersama Melonjakkan Prestasi Pendidikan Terengganu" hingga pendidikan Terengganu mencapai kejayaan dalam pelbagai bidang.Semasa tayangan video klip mengenai sejarah dan perjuangannya beliau kelihatan beberapa kali mengesat airmata. Pada saya klip video ini adalah antara yang terbaik pernah diterbitkan oleh BTPN Terengganu.

Sebelum itu,Yang Berbahagia En.Razali bin Daud,Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri dalam ucapannya merakamkan ucapan tahniah dan penghargaan terima kasih di atas jasa dan sumbangan pengarah dalam pendidikan negeri Terenganu. Beliau menyifatkan pengarah seorang yang mempunyai pemikiran futuristik dan mempunyai kekuatan peribadi terutama hubungan dengan kerajaan negeri dalam memajukan pendidikan negeri Terengganu dengan mendapat peruntukan dana yang besar bagi melaksanakan aktiviti kecemerlangan pendidikan.

Majlis Budi Abadi yang berlangsung di Hotel Permai Inn hari ini telah dihadiri oleh YB Haji Zawawi Ismail,Timbalan Pengerusi Pelajaran Negeri merangkap ADUN Kuala Berang,semua pegawai Jabatan Pelajaran Negeri,Pegawai Pelajaran Daerah,Pengarah-Pengarah IPG ,Jemaah Nazir,mantan-mantan Pengarah,Pengerusi dan AJK Majlis Pengetua Negeri Terengganu,Pengerusi dan AJK Majlis Guru Besar Negeri Terengganu dan juga anggota keluarga pengarah sendiri.

Ketibaan Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu disambut dengan paluan kompang dan bunga manggar serta diiringi Timbalan Pengarah dan pegawai kanan Jabatan Pelajaran Negeri dan Daerah. Selepas bacaan doa ,klip video kisah perjalanan hidup beliau ditayangkan. Klip video ini memang menyentuh perasaan para hadiri apalagi menceritakan bagaimana susahnya kehidupan pengarah dan keluarganya di Kampung Mengabang Telipot masa dahulu.Satu perkara yang amat istimewa diceritakan oleh adiknya En. Mokhtar dan En. Azhar beliau sangat mentaati kedua ibubapanya di mana apa sahaja perkembangan kerjayanya dimaklum dan mendapat restu dari kedua allahyarham  ibubapanya.

Selepas ucapan ,Pengarah telah menerima pelbagai hadiah dan cenderamata dari pelbagai pihak termasuk dari Ketua Sektor,Pegawai Pelajaran Daerah,Majlis Pengetua,Majlis Guru Besar.Selepas itu sambil menikmati makanan hadirin dihiburkan dengan persembahan dari band guru Terengganu. Yang Berbahagia Pengarah mengambil kesempatan bergerak dari meja ke meja dengan diiringi Timbalan Pengarah sambil bersalaman dan berpelukan dengan hadirin. Suasananya cukup mengharukan.Ramai yang menitiskan airmata.

Semamangnya telah menjadi lumrah kehidupan insan di dunia,bertemu dan berpisah,bekerja dan bersara,hidup dan mati dan pelbagai pasang lagi tetap akan dilalui oleh semua kita.Apa yang penting tunaikanlah kewajipan semasa hidup dan berkhidmat dengan penuh ikhlas dan dedikasi.Kita memang merasa kehilangan seorang pengarah yang sangat dedikasi dan perihatin yang meninggalkan pendidikan Terengganu penuh dengan legasi.

Kita doa dan ucapankan SELAMAT BERSARA kepada Yang Berbahagia Tuan Haji Ariffin bin Haji Embong dan kita ucapkan SELAMAT DATANG kepada Pengarah yang baru.Semoga Kelestarian Pendidikan Terengganu akan terus memacu laju. Kita semualah arkitek yang mencorakkan nasib masa depan anak bangsa kita.
Terima Kasih Tuan Pengarah
Terima kasih cikgu !