Sunday, October 24, 2010

Ulang Tahun Pertama Blog Unit Rendah

Lebih kurang sebulan lagi iaitu 25 Nov genaplah setahun Blog Unit Pengurusan Sekolah Rendah,Sektor Pengurusan Sekolah,Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu beroperasi. Hingga saat artikal ini ditulis blog ini telah menerima 50,058 hit.

Kami merasa bangga dan merakamkan setinggi penghargaan terima kasih kepada para pengunjung setia blog ini. Blog ini kami bina sebagai wacana dan wahana khususnya pengurusan Sekolah Rendah negeri Terengganu dengan Unit Pengurusan Sekolah Rendah,Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu.Kita sangat-sangat berharap melalui perkongsian ini banyak masalah dapat diselesaikan dengan cara yang berkesan.Kita sangat yakin hubungan akram Unit Pengurusan Sekolah Rendah dengan Majlis Guru Besar Negeri Terengganu disertakan dengan kefahaman serta tindakan proaktif Pengurusan Sekolah Rendah seluruh negeri kita mampu untuk terus terutamanya "Melestarikan Pengurusan dan Pendidikan Sekolah Rendah Negeri Terengganu"

2 ulasan:

Esham Busu said...

TAHNIAH.... Dari Admin SK Menerong... Saya mencadangkan ditambah ruang "CBOX" dengan harapan ianya akan lebih interaktif dan ujud hubungan 2 hala antara admin blog unit ini dan pengunjung.....

admin said...

Terima kasih atas cadangan tuan.Insyaalah kita akan laksanakan.

Post a Comment