Seramai 48 pegawai dari pelbagai Sektor dan PPD telah menghadiri Mesyuarat Pengemaskinian Dan Semakan Data (DOSR) Kali 3/2010 di Seri Malaysia,Kuantan mulai 5 hingga 7 Oktober 2010.Pegawai-pegawai berkenaan terdiri dari Pegawai Unit Pengurusan Sekolah Rendah (mengurus data DOSR),pegawai dari Sektor ICT dan PPD (mengurus EMIS),pegawai dari Sektor Khidmat Pengurusan Pembangunan (mengurus ABM Perjawatan),pegawai dari Sektor Pendidikan Islam dan PPD (mengurus data guru agama dan J-QAF),pegawai dari Unit PraSekolah dan PPD (data guru prasekolah) dan pegawai dari Sektor Khas dan Swasta (mengurus data guru pendidikan khas dan integrasi)
Ketua Unit Pengurusan Sekolah Rendah,En.Jelani bin Sulong dalam ucapan aluannya mengingatkan betapa pentingnya mesyuarat ini kerana mesyuarat ini adalah medan untuk verifikasi data yang melibat perjawatan semua guru sekolah rendah. Data yang telah diverifikasi ini akan digunakan sebagai dasar penentu pertukaran dan penempatan guru sekolah rendah pelbagai kategori opsyen bagi tahun 2011. Beliau menambah jika berlaku kesilapan verifikasi maka kita akan dipertanggungjawabkan sepenuhnya mengenai kedudukan guru sekolah rendah tahun 2011.
Selain dari itu, Ketua Unit Pengurusan Sekolah Rendah menegaskan walau di unit manapun kita berada kita mengurus data bagi pihak jabatan atau bagi pihak pengarah pelajaran. Data bukan milik mutlak individu. Bagi data Operasi Rendah (DOSR) Unit Pengurusan Sekolah Rendah sebagai urusetia berharap rakan-rakan dapat membantu suapaya data ini data seratus peratus tepat.
Proses verifikasi diselaras mengikut daerah terlebih dahulu antara pegawai (penyelia-penyelia Kanan Pengurusan Sekolah,Agama,PraSekolah,Emis) yang mengurus data guru sekolah rendah di daerah masing-masing. Selepas itu akan diverifikasi pula di peringkat negeri oleh pegawai-pegawai terbabit sebelum diterimapakai dan disahkan data DOSR tepat dan digunakan untuk pelaksanaan pertukaran dan penempatan guru 2011.
No comments:
Post a Comment