Friday, March 19, 2010

Siapa Pengujung Setia Blog Unit Rendah ini ?

Hingga posting ini ditulis jumlah hits blog ini yang dilancarkan pada Rabu,25 November 2009 berjumlah 9,007 kali. Saya percaya dalam seminggu dua lagi ia akan mencapai 10,000 hit.Hit harian antara 100 hingga 200 sehari.

Persoalan utama yang bermain dalam kepala saya selaku admin dan pegawai-pegawai Unit Penyeliaan Sekolah Rendah siapakah pengujung-pengunjung ini ? Adakah mereka terdiri daripada Guru Besar & GPK Sekolah Rendah Negeri Terengganu ? Atau kalangan guru-guru Terengganu dan seluruh Malaysia.

Saya merasa tidak yakin pengunjung utama adalah Guru Besar & GPK Sekolah Rendah Terengganu walaupun sebenarnya itulah sasaran utama kami kerana apabila beberapa isu atau perkara penting seperti Permohonan Guru Besar Cemerlang,Kutipan Jadual Guru Data dan pelbagai lagi ada yang mendakwa tidak tahu. Bahkan dalam kursus GPK Pentadbiran di Kesedar Inn mereka mendakwa tidak pernah mendengarpun nama blog ini. Pada hal link blog ini telah ditulis dalam pampelat semasa Perjumpaan Pengarah dengan Pengetua dan Guru Besar Negeri akhir tahun lepas. Dicatat dalam siaran pendaftaran Murid Tahun Satu dan dimaklumkan kepada semua Guru Besar pada Taklimat ABM Perjawatan akhir tahun lepas.

Apakah Pengurus Sekolah (Guru Besar & GPK) sukar menerima perubahan dan memesrakan stail pengurusan kini dengan budaya dan gaya baru ? Jika jawapannya YA mereka akan terus ketinggalan. Kami di Unit Penyeliaan Sekolah Rendah telah terbiasa berurusan dengan bahagian di KPM hanya melalui email. Justru itu kami akan menggunakan blog,email ,sms dan surat untuk urusan tertentu dengan Penyelia di PPD dan semua sekolah rendah di negeri Terengganu.

Kami berharap selepas posting ini tidak ada lagi istilah " tidak tahu " di kalangan pengurus sekolah rendah dan guru-guru negeri Terengganu. Kita telah jauh hebat ke depan tapi biarlah dalam keadaan sedar dan bersengaja.

Link-link dibawah adalah posting terdahulu yang berkaitan


6 comments:

  1. Utk perhatian admin...
    Bagi mendapatkan kepastian ttg perkara itu....dicadangkan dibuatkan beberapa bentuk kaji selidik online/interaktif dalam blog ini. Isunya tentulah berkaitan persoalan2 pengurusan sekolah. Saya percaya...lama kelamaan blog ini merupakan satu blog yg sentiasa diingati oleh pihak pengurusan sekolah khususnya sekolah rendah.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih saudara Dzul.Insyaalah kita akan kaji cadangan tersebut.

    ReplyDelete
  3. Salam. Saya adalah salah seorang pengunjung setia. Tqvm

    ReplyDelete
  4. Wassalam..Terima kasih Aida kerana menjadikan blog kami sebagai wahana mempertingkatkan pendidikan anak bangsa.

    ReplyDelete
  5. Tahniah. saya sangat kagum dgn blog ni. mungkin termasuk dalam golongan setia kut ;)

    ReplyDelete
  6. Tahniah. saya sangat kagum dgn blog ni. mungkin termasuk dalam golongan setia kut ;)

    ReplyDelete