Pada pertengahan November 2009,Unit Penyeliaan Sekolah Rendah telah melancarkan blognya sebagai salah satu medan penyebaran info khususnya kepada pengurus dan warga sekolah rendah seluruh negeri Terengganu. Kelahirannya juga hasil dari Mesyuarat Sektor Pengurusan Sekolah yang diadakan di Seri Malaysia,Genting Higlands.
Pada awal Disember melalui "roadshow" taklimat perjawatan kepada semua guru besar negeri di setiap daerah saya mempromosi blog ini. Harapan saya agar semua sekolah tahu dan menjadikan sebahagian daripada proses komunikasi efektif yang pantas dan murah pada zaman kegawatan di antara sekolah dengan Unit Penyeliaan Sekolah Rendah. Saya beranggapan semua sekolah mempunyai talian untuk access internet,punyai tenaga manusia (setidak-tidaknya guru ict / guru data / guru media) dan pengurusan sekolah yang kominted serta peka dengan stail dan budaya komunikasi terkini.
Justru itu pada 25 Januari 2010 saya telah post satu pengumuman penting agar semua sekolah rendah (347 buah) menghantar Jadual Guru Data 2010 pada atau sebelum 5 Febuari 2010. Sengaja saya tidak menghantar surat kepada sekolah kerana ingin menguji sejauhmana sekolah mengambil peluang atau melayari blog ini dan diberi kemudahan menghantar jadual melalui email kami.Saya juga menggunakan satu ruang khas "Maklumat Penting Untuk Guru Besar Terengganu" dengan memasukkan pelbagai maklumat dan peringatan penting. Saya menaruh sepenuh keyakinan bahawa semua sekolah tahu alamat blog ini. Bukan sahaja ia diberitahu melalui taklimat guru besar tetapi ditulis dalam siaran Pendaftaran Murid Tahun 1. Saya yakin sekolah tahu kerana blog ini dikunjugi purata tidak kurang 50 hits sehari dan hingga kini sudah menghanpiri 4,500 hits.
Tetapi harapan saya jauh meleset. Setakat catatan ini ditulis hanya 11 buah sekolah yang hantar dari 347 buah sekolah rendah. Berapa peratus ??? Atau ini jugakah sikap kita dalam banyak perkara..."ambil mudah" tiada langsung "sense of urgensi ". Untuk makluman pengurus sekolah,Unit Penyeliaan Sekolah Rendah minta dihantar jadual guru data itu adalah dengan tujuan mengumpul bukti terhadap satu aduan dari guru data kepada kementeriaan dan jabatan bahawa terdapat guru besar memberi tugas mengajar kepada mereka melebihi 12 waktu seminggu yang bercanggah dengan surat arahan KPM. Macam mana kami nak jawab dan selesai kalau sekolah tidak menghantarnya.
Selain dari itu dalam penyeliaan dan pemantauan kami ada terdapat sekolah membenarkan murid warga asing bersekolah tanpa dokumen,murid menumpang dan pelbagai kesalahan di bawah akta yang tidak sepatutnya berlaku.Jika Guru Besar,Guru Penolong Kanan atau guru-guru melayari blog Unit Penyeliaan Sekolah Rendah perkara seumpama ini tidak akan berlaku kerana ada panduan disediakan. Kita menyediakan blog dengan pelbagai info bukan untuk menunjuk-nunjuk atau menyusahkan tetapi membantu pihak sekolah memperolehi maklumat dengan mudah,cepat dan pantas bagi mempertingkatkan kualiti pengurusan sekolah.
Segala hasrat baik ini hanya berlaku jika kita sanggup berubah, proaktif dan memanafaatkan peluang yang ada sebaik mungkin.Tahniah dan terima kepada Guru Besar sebelas buah sekolah yang telah menghantar Jadual Guru Data dan kepada sekolah yang masih belum menghantarnya diharap dapat menghantar segera...
No comments:
Post a Comment