Sekolah-sekolah ini berpeluang dan berpotensi untuk menjadi sekolah yang cemerlang berdasarkan kekuatan sumber manusia,fizikal,komuniti, semangat dan iltizam yang boleh dipugar.
Hasil pemeriksaan,penelitian dan pemantauan ini aspek-aspek berikut perlu diberi perhatian oleh pihak sekolah:
- Terdapat Pengurus Sekolah tidak tahu dan mahir Pengurusan Kewangan dan menyerahkan sepenuh kepada Pembantu Tadbir
- Ada sekolah yang berbelanja tidak mengikut prosidur dan garis panduan kewangan
- Tugas-tugas asas dan dasar dalam Pengurusan Sekolah seperti penyeliaan Pengajaran dan Pembelajaran ,penyeliaan rekod-rekod dan aktiviti persekolahan tidak dilakukan dengan kemas dan sempurna
- Pengurusan Jadual Guru Ganti juga tidak diurus secara berwibawa
- Pengurusan PIBG terutama kewangan sangat tidak kemas dan amat perlu diperkasakan agar memenuhi piawaian asas pengurusan kewangan
- Ada sekolah yang sangat lemah pengurusan aset. Proses pelupusan perabut rosak tidak dilaksanakan
Kita sangat yakin dan percaya sekolah-sekolah yang dapat diurus fizikal dengan baik pasti mampu mengurus manusia juga dengan baik. Kemampuan merancang,melaksana,mengawal dan membuat penambahbaikan pasti menjadi kunci melonjakkan kecemerlangan akademik,kokurikulum dan sahsiah sekolah berkenaan.
No comments:
Post a Comment