Monday, September 23, 2013

Peringatan Penting : Tindakan Guru Besar selaku Pegawai Pengesah e-GTukar



Semua Guru Besar di negeri Terengganu hendaklah memastikan guru-guru di bawah seliaannya yang telah mengisi permohonan pertukaran secara online e-GTukar menyerahkan borang permohonan yang telah dicetak dan ditandatangan kepada pihak pengurusan sekolah. Tindakan tunjuk sebab boleh dikenakan oleh Guru Besar kepada guru-guru yang gagal menyerahkan borang permohonan masing-masing beserta dengan dokumen sokongan selewat-lewatnya pada 30 September 2013. Pihak pengurusan sekolah perlu melaksanakan tindakan berikut bagi memastikan kelicinan  pengurusan online ini berjalan lancar.

  1. Mengesahkan permohonan sama ada menyokong atau tidak menyokong beserta dengan ulasan bertaip (wajib ada) sebaik-baiknya sebelum atau pada 30 September 2013.
  2. Memastikan perakuan sama ada seseorang guru itu masih terikat dengan Perjanjian Latihan Berasaskan Sekolah (LPBS) atau status tindakan tatatertib yang sedang dikenakan ke atas seseorang guru.
  3. Mencetak Senarai Sepadu Pengesah selepas tarikh tindakan pengesahan berakhir.
  4. Menghantar 2 salinan muka surat akhir borang permohonan guru beserta dokumen-dokumen sokongan dan Senarai Sepadu Pengesah dengan mengemukakan surat iringan ke PPD berkenaan selewat-lewatnya pada 10 Oktober 2013 (U.P Penyelia Kanan Pengurusan Sekolah).
Adalah dimaklumkan bahawa Guru Besar perlu login e-GTukar secara berasingan bagi proses pengesahan permohonan guru dan mencetak Senarai Sepadu Pengesah. Ini kerana tarikh akhir pengesahan ialah pada 02 Oktober 2013. Manakala proses cetakan Senarai Sepadu Pengesah hanya boleh dibuat bermula pada 03.10.2013.


3 comments:

  1. assalamualaikum tuan, mengikut kefahaman saya ulasan Guru Besar hanya untuk pemohon yg mengajar subjek penting sahaja? mohon penjelasan, terima kasih.

    ReplyDelete
  2. betul le. gb sekolah saya tak tulis apa2 pun ruangan ulasan kepada 5 guru yag memohn. macam mana ni. saya keliru betul le.

    ReplyDelete