Thursday, September 19, 2013

Calon SBT Terengganu sehingga 2015

Anugerah Pengiktirafan SBT Kohort 4 baru sahaja diumumkan semalam Rabu 18 September 2013. Tiada sebuahpun sama ada sekolah menengah atau sekolah rendah Terengganu yang memperolehi pengiktirafan SBT Kohort 4 ini. Ini bermakna SBT Terengganu hingga kini kekal 9 buah (4 SR, 5 SM).

Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia telah menetapkan dasar bahawa sekolah-sekolah yang memperolehi pengiktirafan SBT mestilah memperolehi Aunugerah Sekolah Kluster Kecemerlangan (SKK) terlebih dahulu. Ini bermakna semua SKK Terengganu mesti mempersiapkan diri ke arah SBT dengan memenuhi syarat utama sebagaimana berikut:
  • Berada pada Band 1
  • Bebas dari Audit Berteguran
  • Bebas dari sebarang tindakan tatatertib anggota
  • Memenuhi kreteria Annex
Justru itu hingga sekarang Terengganu mempunyai 19 buah SKK yang bakal menjadi calon SBT hingga 2015 dan jumlah ini dijangka bertambah bila ada lagi nanti sekolah-sekolah Terengganu memperolehi Anugerah SKK. Calon-calon SBT hingga 2015 adalah sebagaimana berikut:-
  1. SK Rantau Petronas, Kemaman
  2. SK Paka 2, Dungun
  3. SK Tepus, Dungun
  4. SK Dusun, Hulu Terengganu
  5. SK Seri Berang, Hulu Terengganu
  6. SK Kuala Berang, Hulu Terengganu
  7. SK Kampung Fikri Sungai Tong, Setiu
  8. SMK Mak Lagam, Kemaman
  9. SMK Chukai, Kemaman
  10. SMK Tengku Intan Zaharah, Dungun
  11. SM Imtiaz, Dungun
  12. SM Sains, Dungun
  13. SM Imtiaz, Kuala Berang, Hulu Terengganu
  14. SMK Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu
  15. SMKA Sheikh Abd Malek, Kuala Terengganu
  16. SMKA Tok Jiring, Kuala Terengganu
  17. SMA Atas Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu
  18. SM Sains Kuala Terengganu
  19. SMK Tengku Mahmud, Besut
Kita amat yakin jumlah ini akan bertambah bila ada lagi sekolah-sekolah kita yang akan diiktiraf sebagai SKK. Kita berharap pihak sekolah, PPD dan Sektor-Sektor dapat melakukan sesuatu secara tersusun dan terancang bagi memenuhi aspirasi meraih anugerah SBT. Kita bukan ketinggalan dan bukan terlambat. Kita masih punyai peluang besar untuk mencipta sejarah dari peluang dan potensi yang ada.

No comments:

Post a Comment